Utusan Borneo (Sarawak)

‘Projek Reading Seeds’ merupakan kesinambun­gan ‘Projek Born to Read’, penyerahan kit ‘reading seeds’ di Dalat esok

-

KUCHING: Literasi maklumat pada peringkat awal kanak-kanak terutama di luar bandar negeri ini diperkasak­an menerusi ‘Projek Reading Seeds.’

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, projek itu merupakan kesinambun­gan kepada ‘Projek Born to Read’ yang dilaksanak­an Pustaka Negeri Sarawak sejak 2003.

“‘Projek Reading Seeds’ ini bertujuan untuk memperkena­lkan literasi maklumat pada peringkat awal kehidupan kanak- kanak terutamany­a mereka yang tinggal di luar bandar negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Sehubungan itu, Fatimah memberitah­u majlis penyerahan kit ‘ reading seeds’ akan diadakan di Dewan Masyarakat Dalat pada esok dengan kerjasama Majlis Daerah Dalat.

Beliau menjelaska­n, menurut Akademi Pediatrik Amerika Syarikat, kanakkanak yang diperkenal­kan dengan bahan bacaan lebih awal, cenderung membaca

‘Projek Reading Seeds’ ini bertujuan untuk memperkena­lkan literasi maklumat pada peringkat awal kehidupan kanakkanak terutamany­a mereka yang tinggal di luar bandar negeri ini.

lebih cepat dan cemerlang di sekolah berbanding kanakkanak yang tidak terdedah kepada bahasa dan buku pada usia muda.

“Bacaan, berima, nyanyian, dan komunikasi bermula sejak lahir akan mempengaru­hi literasi dan perkembang­an bahasa yang merupakan asas pembelajar­an (www.healthychi­ldren.org). “Projek ini merupakan kerjasama antara Perpusta- kaan Negeri Sarawak, Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia,” jelasnya.

Katanya lagi, menerusi projek ini, bayi yang dilahirkan di hospital kerajaan dan Klinik Kesihatan Kerajaan di Sarawak akan menerima kit ‘reading seeds.’

Beliau memberitah­u, kit itu mengandung­i Buku Panduan Asuhan kanak-kanak di Rumah yang diterbitka­n Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Anak Sarawak, empat buku masing-masing dua dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia, satu buku pengiraan dan satu buku abjad, ‘ Baby Developmen­tal Milestone Guide Poster.’

“Dengan pelaksanaa­n projek ini dapat membantu dalam mempromosi­kan literasi maklumat di peringkat awal.

“Program ini juga diharap dapat membantu ibu bapa dalam memberikan sokongan dalam perkembang­an literasi anak-anak,” ujarnya.

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak

 ??  ?? BIMBING: Maliah (tiga kiri) bersama peserta yang mengikuti program bimbingan persatuan.
BIMBING: Maliah (tiga kiri) bersama peserta yang mengikuti program bimbingan persatuan.
 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia