Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang menang hadiah cabutan bertuah MBM terbuka hingga penghujung Oktober

-

MIRI: Peluang penduduk Miri memenangi hadiah kerana menjelaska­n cukai taksiran Majlis Bandaraya Miri (MBM) masih terbuka.

Datuk Bandar Adam Yii berkata, tempoh penyertaan telah dilanjutka­n sehingga penghujung Oktober untuk memberi peluang lebih ramai penduduk memenangi hadiah ditawarkan.

“Kami (MBM) telah mengambil keputusan melanjutka­n tarikh pembayaran cukai taksiran untuk terlibat dalam cabutan bertuah sehingga 31 Oktober,” jelas beliau.

Sebelum ini, mereka yang layak menyertai aktiviti ini hanya untuk pemilik hartanah yang menjelaska­n cukai sebelum dan pada 30 September.

Timbalan Datuk Bandar Kaunselor Julaihi Mohamad berkata, tarikh dilanjutka­n atas permintaan ramai.

“Tarikh 31 Oktober dipilih kerana ia seiring dengan tarikh akhir pembayaran untuk separuh kedua tahun ini,” jelasnya.

Ini merupakan cabutan bertuah pertama kali anjuran MBM sebagai satu usaha menghargai pemilik hartanah yang telah menjalanka­n tanggungja­wab masing- masing membayar cukai taksiran.

Ia adalah inisiatif baharu yang diperkenal MBM bagi menghargai dan menggalakk­an pemilik hartanah membayar cukai taksiran.

Pembayar cukai yang membayar cukai taksiran untuk keseluruha­nnya bagi tahun 2018 dan tidak mempunyai tunggakan cukai tahun sebelumnya adalah layak secara automatik menyertai cabutan bertuah ini.

Bagaimanap­un, pemilik hartanah yang mendapat pengecuali­an 100 peratus daripada membayar cukai taksiran oleh Kerajaan Sarawak tidak layak menyertai cabutan ini.

Pemilihan dibuat secara digital oleh sistem yang disediakan, bukannya cabutan manual seperti kebiasaan.

Tiga motosikal antara 79 hadiah menarik ditawarkan, selain 10 basikal, tiga telefon bimbit, tiga set televisyen, tiga unit pendingin hawa, dua unit mesin basuh dan 55 peralatan rumah lain.

Cabutan bertuah ini akan dicabut secara digital oleh MBM pada Oktober depan berdasarka­n pemilik hartanah yang telah membayar penuh cukai taksiran yang direkodkan dalam sistem MBM.

 ??  ?? APA KHABAR?: Dr Hazland bersalaman dengan pemain sebelum acara perlawanan akhir bola sepak bermula.
APA KHABAR?: Dr Hazland bersalaman dengan pemain sebelum acara perlawanan akhir bola sepak bermula.
 ??  ?? ADAM
ADAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia