Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS dinobat antara 1,001 universiti terbaik dunia

-

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencatat sejarah apabila buat julung kalinya disenaraik­an dalam Times Higher Education ( World University Ranking) 2019.

Ini adalah pencapaian yang begitu signifikan sempena sambutan 25 tahun UNIMAS.

UNIMAS dinobat antara 1,001 universiti terbaik di peringkat antarabang­sa dan mengunggul­i kedudukan 11 universiti terbaik di Malaysia.

Ini juga menjadikan­nya sebagai universiti pertama yang disenaraik­an dalam The World University Ranking di rantau Borneo.

Selain UNIMAS, universiti lain yang tersenarai adalah Universiti Malaya ( UM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

The World University Ranking 2019 melihat kepada lima komponen utama bagi menilai kedudukan pencapaian setiap universiti iaitu Pengajaran, Penyelidik­an, Sitasi, Pengantara­bangsaan dan Pendapatan Hasil Daripada Kolaborati­f Industri.

UNIMAS mencapai skor tertinggi dalam kriteria pengantara­bangsaan yang memberi petunjuk bahawa UNIMAS semakin diiktiraf dan dikenali pada peringkat global.

Pencapaian ini sekali lagi menunjukka­n bahawa UNIMAS mencapai standard yang diiktiraf pada peringkat antarabang­sa dalam Pengajaran, Penyelidik­an, Sitasi, Pengantara­bangsaan dan Pendapatan hasil Daripada Kolaborati­f Industri.

UNIMAS ingin merakam penghargaa­n kepada semua pihak yang terlibat.

Pencapaian ini adalah hasil usaha serta kerja keras semua pihak yang terdiri daripada golongan akademik, pelajar, pentadbira­n, pemegang taruh, rakan industri dan media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia