Utusan Borneo (Sarawak)

Program bimbingan untuk PT3, SPM 2018 mulai 30 September

-

KUCHING: Persatuan Prihatin Pembanguna­n Insan Kuching akan mengadakan dua program bimbingan bagi peperiksaa­n awam iaitu untuk PT3 dan SPM 2018 bermula 30 September.

Program dinamakan ‘Bimbingan Ekspres PT3 2018’ dimulakan pada 30 September sementara program ‘ Bimbingan SPM 2018’ diadakan sepanjang Oktober dikendalik­an persatuan.

Menurut pengerusin­ya, Maliah Adenan, program itu dirancang sebagai aktiviti tahunan bagi membantu anakanak di kalangan asnaf dan berpendapa­tan rendah untuk mendapatka­n bimbingan secara percuma.

“Ia bagi membantu pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaa­n dengan lebih berkeyakin­an kerana tenaga pengajar yang kami sediakan bukan sahaja di kalangan mereka mempunyai kelayakan dan pengalaman, malah diiktiraf kepakaran oleh Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia (HDRF), Malaysia.

“Pihak persatuan berharap dengan adanya program seperti ini ia dapat meningkatk­an prestasi pembelajar­an pelajar yang menyertain­ya,” katanya.

Tambah Maliah, ia sekali gus menaikkan pencapaian untuk peringkat negeri nanti.

Beliau berkata, pihak persatuan telah melaksanak­an program ‘Bimbingan Ekspres UPSR’ sebanyak tiga kali.

“Baru-baru ini, pihak kami telah menerima tanggungja­wab untuk membimbing pelajar tahun enam yang menetap di bawah Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) pada 22 September lepas.

“Siri terakhir diadakan di Taman Sri Harmoni pada 23 September 2018,” kata Maliah.

Tambah beliau lagi, pihak persatuan turut menyampaik­an penghargaa­n kepada kerajaan negeri khususnya Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof kerana menyokong usaha murni demi pembanguna­n belia yang berterusan menerusi pemberian dana.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program bimbingan boleh mendaftar dengan pihak urus setia menerusi talian 0143716539.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia