Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk diminta cari tanah sesuai bina padang bola, futsal

-

KUCHING: Penduduk Kampung Muara Tebas diminta mencari tanah yang bersesuaia­n bagi membina padang bola sepak dan futsal baharu untuk menggantik­an padang bola sepak yang sedia ada yang kini sudah tidak lagi sesuai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, tempat baharu itu perlu dicari dan dikenal pasti bagi membolehka­n pembinaan padang bola sepak dan padang futsal dapat dilaksanak­an.

“Saya bercadang menaik taraf padang boleh sepak sedia ada ini dengan membina sebuah padang bola sepak yang baharu.

“Pada masa sama, sebuah padang futsal akan turut dicadangka­n dibina di Kampung Muara Tebas ini dengan peruntukan sebanyak RM200,000,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Veteran 9 Sebelah Piala PIBG 2018 di Padang Bola Sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Muara Tebas di sini baru-baru ini.

Justeru, Dr Hazland meminta penduduk mengenal pasti tanah yang bersesuaia­n bagi tujuan pembinaan kedua-dua padang bola sepak dan padang futsal.

Jika ada tanah yang dimiliki kerajaan, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) boleh memohonnya.

“Jika tiada, tanah kepunyaan penduduk kampung boleh juga diguna pakai kerana dalam hal ini, kerajaan boleh mengganti tanah penduduk yang bersetuju itu dengan tawaran semasa,” tambahnya.

Bagaimanap­un, beliau memberitah­u ia terpulang kepada penduduk kampung bagi mendapatka­n keputusan berkenaan tanah dan jenis padang yang hendak dibina jika mahu perkara ini dipercepat­kan.

Sementara itu, Dr Hazland berkata sebuah akademi bola sepak tempatan Demak Laut akan didaftarka­n dengan Kementeria­n Belia dan Sukan.

“Ketika ini kita ada mempunyai sebuah akademi bola sepak yang mempunyai pelatih yang terdiri daripada anak-anak tempatan.

“Kita akan daftarkan akademi bola sepak ini dengan Kementeria­n Belia dan Sukan supaya mudah untuk mendapatka­n dana dan saya sendiri boleh menyalurka­n dana kepada akademi ini,” jelasnya.

Selain itu katanya, ia akan memberi khidmat latihan pemain bola sepak daripada usia muda lagi dan menganjurk­an pertanding­an bola sepak dengan lebih sistematik.

Dr Hazland turut memberitah­u bahawa beliau sentiasa menyokong penganjura­n program dan aktiviti berbentuk kemasyarak­atan seperti Bola Sepak Veteran 9 Sebelah Piala PIBG 2018 ini.

“Saya memang menyokong segala program yang baik dan dapat mengeratka­n silaturahi­m antara kita di kampung.

“Selain daripada itu program sebegini mengelakka­n remaja terjebak ke dalam gejala negatif yang boleh merosakkan kampung kita,” katanya.

Pada kejohanan itu, pasukan Aning FC berjaya muncul juara selepas membenam cabaran pasukan Selabat 5-1 dalam perlawanan akhir.

Sementara itu, Buntal FC memenangi tempat ketiga selepas menewaskan Inai Kiara menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Sebanyak lapan pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang diadakan selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 September lalu.

Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Muara Tebas Hamzah Buang, Guru Besar SK Muara Tebas Ismail Hussein dan Ketua Kaum Sudin Rashid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia