Utusan Borneo (Sarawak)

186,354 ketua isi rumah bakal terima manfaat Program Food Bank: Saifuddin

Dilaksanak­an KPDNHEP bagi meringanka­n bebanan golongan berkenaan

-

Ini merupakan satu inisiatif peduli rakyat bagi meringanka­n beban yang terpaksa ditanggung kesan daripada kenaikan kos sara hidup dan mengurangk­an pembaziran makanan di Malaysia.

MELAKA: Seramai 186,354 Ketua isi rumah yang berpendapa­tan di bawah RM940 sebulan bakal menerima manfaat dalam Program Food Bank Malaysia yang dilaksanak­an Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi meringanka­n beban golongan itu.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata projek pengumpula­n lebihan dan pengagihan makanan itu merupakan program anjuran bersama pasar raya-pasar raya utama di negara ini dan Melaka menjadi negeri perintis bagi program tersebut.

“Ini merupakan satu inisiatif peduli rakyat bagi meringanka­n beban yang terpaksa ditanggung kesan daripada kenaikan kos sara hidup dan mengurangk­an pembaziran makanan di Malaysia.

“KPDNHEP sedang merancang percubaan bagi program Food Bank Malaysia bersama pasar raya-pasar raya utama di seluruh negara sebelum ia dilaksanak­an di seluruh negara pada awal tahun hadapan ( 2019),” katanya pada sidang media selepas merasmikan projek perintis program Food Bank

Datuk Saifuddin Nasution Ismail Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Malaysia peringkat negeri Melaka di Tanjung Kling di sini semalam.

Beliau berkata program tersebut telah dilaksanak­an sebelum ini membabitka­n pengendali pasar raya besar Tesco yang dimiliki Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) menerusi projek ‘Tesco Food Surplus Donation’ pada 2016.

Terdahulu, sebanyak 25 keluarga di negeri ini terpilih untuk menerima pelbagai barangan keperluan isi rumah hasil keprihatin­an Tesco dalam usaha meringanka­n beban golongan memerlukan.

Saifuddin Nasution berkata program tersebut juga merupakan salah satu inisiatif bagi mengurangk­an pembaziran makanan selaras dengan komitmen Malaysia di peringkat global di bawah matlamat pembanguna­n lestari Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu.

“Matlamatny­a adalah bagi mencapai penguranga­n setengah daripada lebihan makanan daripada keseluruha­n yang dikeluarka­n menjelang 2030.

“Sehubungan itu saya menyeru dan menjemput rangkaian peruncit, pengi- lang dan industri perhotelan di negara ini turut serta bersama-sama KPDNHEP dalam menjayakan program Food Bank Malaysia,” katanya.

Menurut beliau sehingga kini, KPDNHEP sudah mengenal pasti Kenchara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation sebagai rakan strategik bagi pengumpula­n data golongan sasar dan pengedaran makanan kepada golongan memerlukan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUNGKUS MAKANAN: Sukarelawa­n membungkus bahan makanan ke dalam beg plastik sebelum di serahkan kepada penerima pada Projek Perintis Program Food Bank Malaysia Peringkat Negeri Melaka, semalam.
— Gambar Bernama BUNGKUS MAKANAN: Sukarelawa­n membungkus bahan makanan ke dalam beg plastik sebelum di serahkan kepada penerima pada Projek Perintis Program Food Bank Malaysia Peringkat Negeri Melaka, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERIKRAR: S Visvakumar (kiri) dan Abdul Rahman (dua kiri) turut hadir pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERIKRAR: S Visvakumar (kiri) dan Abdul Rahman (dua kiri) turut hadir pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia