Utusan Borneo (Sarawak)

Najib selesai bayar wang jamin RM3.5 juta

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi 25 pertuduhan jenayah telah selesai membayar wang jaminan berjumlah RM3.5 juta yang diperintah­kan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hasil semakan di kaunter jamin di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada jam 9 pagi, mendapati Najib, 65, telah selesai membayar wang jaminan itu.

Salah seorang peguam yang mewakili Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee ketika dihubungi berkata Najib selesai membayar wang jaminan itu pada Rabu.

Ditanya mengenai dari mana wang itu diperoleh, Muhammad Farhan berkata ianya adalah daripada baki tabung derma yang dibuka Julai lepas.

“Wang itu juga diperoleh dari pinjaman kawan-kawan dan daripada akaun Affin Bank Datuk Seri Najib sendiri yang diguna untuk gaji beliau dan pencen daripada perkhidmat­an tahun-tahun dalam kerajaan,” katanya.

Pada 20 September lepas, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.282 bilion melibatkan dana 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadiny­a dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi membenarka­n Najib dibebaskan dengan wang jamin RM3.5 juta dengan dua penjamin sementara kesnya selesai dan menetapkan 16 November untuk sebutan semula kes.

Mahkamahtu­rutmembena­rkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib untuk membayar jaminan itu secara ansuran iaitu RM1 juta dibayar pada 21 September(Jumaat) dan RM500,000 setiap hari sebelum atau pada 28 September.

Pada 21 September lepas Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan telah membayar jaminan RM1 juta iaitu sebahagian daripada jumlah jaminan RM3.5juta itu.

Bayaran jamin itu dibuat anak lelaki Najib iaitu Moham- med Nizar dan seorang individu bernama Mohd Shahrir Arifin selaku penjamin.

Najib pada 4 Julai lepas didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa membabitka­n dana berjumlah RM42 juta milik SRC Internatio­nal Sdn Bhd dan pada 8 Ogos lepas, dia mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang sama dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dan kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Oktober. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia