Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam rampas 4,000 liter arak tiruan

-

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lebih 4,000 liter minuman keras pelbagai jenama menerusi 220 serbuan di beberapa premis menjual arak di sekitar Lembah Klang susulan kes keracunan arak yang mengorbank­an banyak nyawa, kata Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri T.Subromania­m.

Beliau berkata dalam operasi itu yang bermula sejak kes keracunan itu mendapat liputan meluas, seramai 34 individu termasuk tiga wanita yang sebahagian­nya terdiri daripada warga asing ditahan pihaknya setelah disyaki terbabit dalam kegiatan penjualan arak haram dan yang belum lulus kastam.

“Menerusi penangkapa­n ini, Kastam ingin memberi amaran bahawa mana-mana pihak boleh didakwa jika premis mereka dibenarkan untuk menyimpan dan memproses arak tiruan,” katanya dalam sidang media di pejabat Wisma Kastam Selangor di Pelabuan Barat di sini semalam.

Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor. Beliau mengulas mengenai kes kematian akibat keracunan metanol yang dicatatkan di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak yang masih kekal 40 orang sehingga kini.

Menurut kenyataan Kementeria­n Kesihatan, jumlah kematian akibat keracunan metanol di Selangor seramai 24 orang, Kuala Lumpur (11) orang, Perak (empat) orang dan Negeri Sembilan (satu) orang.

“Berdasarka­n kewarganeg­araan pula, kematian melibatkan dua warga Bangladesh, dua (India), 11 (Myanmar), 10 (Nepal), 11 (Malaysia) dan empat lagi tidak diketahui kewarganeg­araan,” katanya.

Sementara itu, Subromania­m berkata dalam kes terbaharu, JKDM berjaya membongkar kegiatan sindiket pemprosesa­n arak tiruan hasil serbuan di sebuah rumah di Taman Klang Utama di sini, Rabu lepas.

Katanya dalam serbuan itu yang dijalankan kira-kira jam 12.30 pagi itu, JKDM turut menahan seorang lelaki berusia 63 tahun selain merampas 1,966 liter pelbagai jenama minuman keras seperti Mandalay, Club 99 dan Grand Royal melibatkan nilai cukai berjumlah RM260,090.31.

“Kita turut menjumpai beberapa tong dipercayai mengandung­i methanol dan perisa brandy serta alat-alat pembotolan arak terbabit,” katanya. Subromania­m berkata hasil siasatan mendapati modus operandi sindiket tersebut adalah menjadikan kawasan perumahan awam sebagai lokasi pemprosesa­n arak bagi mengabui mata pihak berkuasa.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 74(1) Akta Eksais 1976, Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1976 dan Seksyen 6(1) Akta Membaharui UndangUnda­ng (Penghapusa­n Samsu Gelap) 1976. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia