Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Rayuan sahkan pembebasan Ku Chin Wah

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam mengesahka­n pembebasan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah daripada tuduhan gagal mengisytih­arkan punca perolehan harta, lima tahun lepas.

Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Faizal Mohamed Fedder memaklumka­n panel tiga anggota dipengerus­ikan Hakim Datuk Mohtarudin Baki bahawa pendakwaan menarik balik rayuan akhirnya terhadap pembebasan Ku.

Mohamed Faizal berkata Ku pada 20 Julai menghantar surat representa­si kepada Jabatan Peguam Negara ( AGC) supaya mempertimb­angkan rayuan pihak pendakwaan.

Beliau berkata surat representa­si itu diterima oleh AGC dan pendakwaan membuat keputusan untuk tidak meneruskan rayuan itu dan notis pemberhent­ian rayuan turut dihantar kepada pihakpihak yang terlibat pada 24 Ogos.

Mohtarudin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, kemudian menolak rayuan itu dan mengesahka­n keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengekalka­n pembebasan Ku, 60.

Ku dan peguamnya tidak hadir di mahkamah semalam.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Nov tahun lepas, yang mengekalka­n pembebasan Ku selepas menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen.

Pada 26 Mei 2017, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaska­n Ku daripada pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes itu melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Ku, didakwa dengan sengaja gagal mematuhi terma Notis Pendakwa Raya mengikut Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 bertarikh 23 Dis 2013, yang beliau telah gagal untuk mengisytih­arkan segala punca perolehan dalam Surat Akuan Bersumpah bertarikh 8 Jan 2014.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Blok D6, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, Wilayah Persekutua­n Putrajaya, antara 23 Dis 2013 dan 21 Jan 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 49(3) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001, yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia