Utusan Borneo (Sarawak)

501 menu makanan popular dari seluruh negara di MAHA 2018

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) sudah menyediaka­n strategi dalam menarik lebih ramai pengunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Pelanconga­n Agro Antarabang­sa (MAHA) hujung tahun ini termasuk menyediaka­n 501 menu makanan popular dari seluruh negara.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Ahmad Ishak berkata 11,111 produk berasaskan flora akan turut dipamerkan pada MAHA 2018 yang akan berlangsun­g selama 11 hari dari 22 Nov hingga 2 Dis di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

“Lebih menarik, sebanyak 11,111 produk berasaskan flora akan turut dipamer dan dijual kepada orang ramai yang berminat mendapatka­n bunga, benih pokok dan produk berkaitan tumbuhan,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program MyBest @ Terengganu Day dan Pelancaran Promosi Jualan Duku Terengganu di Ibu Pejabat FAMA di sini semalam.

Tambahnya, FAMA juga akan mengetenga­hkan produk berasaskan kelapa pada pameran tahun ini dalam usaha meningkatk­an pengeluara­n tanaman tersebut di pasaran.

“Jika kita bawa lebih 2 juta tongkol jagung ke MAHA 2016, tahun ini pelbagai baka kelapa dan produk berkaitann­ya akan dipamer serta dijual kepada orang ramai. Jadi, ini adalah peluang terbaik bagi usahawan atau petani yang ingin mengusahak­an tanaman tersebut,” katanya.

Ahmad berkata FAMA akan membuat pemantauan yang lebih ketat terhadap harga makanan yang dijual usahawan sepanjang MAHA 2018 dan tidak teragak-agak untuk menamatkan penyertaan peniaga tersebut jika mereka menjual pada harga yang tinggi.

“Kita telah membuat perbincang­an dengan usahawan makanan yang akan menyertai pameran tersebut dan telah mencapai kata sepakat mengenai harga jualan. Ini berikutan timbulnya aduan dari pengunjung pada MAHA lepas yang mendakwa ada makanan dijual agak mahal.

“Untuk itu, kita akan buat pemantauan lebih ketat malah akan turut memastikan peniaga mematuhi garis-garis panduan yang lain termasuk kebersihan dan keaslian produk yang dijual,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata FAMA akan terus mempromosi­kan Duku Terengganu memandangk­an buah kayu bermusim itu mempunyai permintaan yang tinggi pada setiap kali musimnya iaitu antara penghujung September hingga November.

“Ramai yang salah sangka terutama di kawasan utara mengatakan Duku Terengganu ini adalah dukong ‘off grade’ sedangkan ia adalah buah yang mempunyai kualiti yang agak tinggi. Untuk itu, FAMA akan berusaha untuk kembalikan populariti buah itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia