Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dirompak ketika keluar kereta, hasrat membeli-belah tidak kesampaian

-

KUCHING: Hasrat seorang lelaki dan anak saudaranya untuk membeli-belah di sebuah pasar raya di Kota Sentosa tidak kesampaian apabila dia dirompak seorang lelaki bersenjata­kan parang sekitar tengah hari kelmarin.

Menurut sumber, mangsa berusia 18 tahun itu baharu keluar dari keretanya apabila didatangi seorang lelaki tidak dikenali dan terus mengacukan parang di lehernya.

Difahamkan, suspek kemudian mengugut mencederak­an mangsa sekiranya cuba melawan dan terus mengarahka­n mangsa untuk menyerahka­n barang berharga kepadanya.

“Mangsa yang ketakutan terus menyerahka­n beg sandangnya kepada suspek yang kemudian beredar dari tempat kejadian menaiki sebuah kereta,” katanya di sini semalam.

Mangsa kemudian pergi ke balai polis berhampira­n untuk melaporkan mengenai insiden tersebut.

Antara yang terkandung di dalam beg mangsa ialah wang tunai, telefon bimbit dan beberapa dokumen peribadi.

Siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian masih dijalankan.

Sementara dalam kejadian berasingan, seorang mekanik turut dilaporkan membuat laporan polis mendakwa diganggu sekumpulan lelaki yang terdahulun­ya cuba memecah masuk sebuah kilang.

Sumber memberitah­u mangsa sekitar jam 5 petang semalam menegur seorang lelaki yang disyaki cuba memecah masuk ke dalam kilang berdekatan bengkelnya di Jalan Bako, di sini.

“Mungkin disebabkan tidak berpuas hati, suspek kemudian datang semula ke bengkel mangsa bersama rakan-rakannya dan mengugut hendak membakar bengkel tersebut.

“Susulan itu, mangsa yang risau akan keselamata­nnya di kemudian hari tampil melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis,” kata sumber.

Polis difahamkan masih menjalanka­n siasatan berhubung kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia