Utusan Borneo (Sarawak)

Ini menjadikan 14 penginapan percuma untuk waris pesakit beroperasi di hospital seluruh negara

-

SERDANG: Sebanyak tiga Anjung Kasih dijangka siap dibina tahun depan menjadikan 14 tempat penginapan percuma untuk waris pesakit itu bakal beroperasi di hospital-hospital rujukan seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata tiga Anjung Kasih tersebut dibina di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru; dan Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu.

“Tanggungja­wab menjaga pesakit di hospital boleh menjadi satu kesukaran bagi waris yang kurang berkemampu­an dari sudut kewangan sehingga ada yang tidur bergelimpa­ngan di ruang lobi hospital.

“Kerajaan prihatin terhadap situasi ini dan cuba meringanka­n beban mereka dengan menawarkan penginapan percuma supaya mereka dapat bersama semasa rawatan untuk pesakit dijalankan,” katanya semasa merasmikan Better Brighter Anjung Kasih YKN @ Hospital Serdang, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Leo Moggie.

Selain di Hospital Serdang, Wan Azizah berkata sebanyak lapan Anjung Kasih telah beroperasi iaitu di Hospital Selayang, Selangor; Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh dan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang; Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak; Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan; dan Hospital Sibu, Hospital Umum dan Hospital Miri, Sarawak.

Katanya dua lagi telah siap dibina dan bakal beroperasi menjelang hujung tahun ini di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Perlis.

“Sejak diwujudkan pada tahun 2006 anjung kasih di seluruh negara telah memberi manfaat kepada lebih 54,000 waris pesakit,” katanya.

Mengenai Better Brighter Anjung Kasih YKN @ Hospital Serdang, Dr Wan Azizah berkata projek hasil kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dengan TNB itu bertujuan menaik taraf tempat penginapan tersebut serta menambah kapasitiny­a yang mampu menempatka­n 102 orang pada satu masa berbanding 26 orang sebelum ini.

Menurutnya pelbagai kemudahan lain turut disediakan untuk keselesaan penghuni termasuk surau, ruang rehat, ruang cucian dan jemuran, ruang makan, bilik kaunseling dan bilik sukarelawa­n.

Dr Wan Azizah berkata kos menaik taraf bangunan tersebut ditanggung oleh TNB, termasuk kos penyelengg­araan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam pada itu, beliau berharap waris pesakit yang menginap di Anjung Kasih dapat menjaga kemudahan yang disediakan dengan baik bagi memastikan keselesaan penghuni lain pada masa akan datang. — Bernama

Tanggungja­wab menjaga pesakit di hospital boleh menjadi satu kesukaran bagi waris yang kurang berkemampu­an dari sudut kewangan sehingga ada yang tidur bergelimpa­ngan di ruang lobi hospital. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMUDAHKAN PROSES: Jasri (tengah) memerhati kakitangan JPN Negeri Perlis melakukan proses mengambil gambar seorang warga emas, Fatimah Saad, 82, (dua kiri) di rumahnya pada Program Kembara Mobile Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) 2018, dekat Arau, semalam. Hadir sama Penolong Pengarah JPN (Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat), Marsheila Salamat (tiga kanan), Penolong Pengarah JPN (Bahagian Kad Pengenalan) Haniza Hanim A Rahim (kiri) dan Pengarah JPN Perlis, Mohd Nasharudin Md Yusof (dua kanan).
— Gambar Bernama MEMUDAHKAN PROSES: Jasri (tengah) memerhati kakitangan JPN Negeri Perlis melakukan proses mengambil gambar seorang warga emas, Fatimah Saad, 82, (dua kiri) di rumahnya pada Program Kembara Mobile Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) 2018, dekat Arau, semalam. Hadir sama Penolong Pengarah JPN (Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat), Marsheila Salamat (tiga kanan), Penolong Pengarah JPN (Bahagian Kad Pengenalan) Haniza Hanim A Rahim (kiri) dan Pengarah JPN Perlis, Mohd Nasharudin Md Yusof (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia