Utusan Borneo (Sarawak)

JPN tetapkan nama anak tidak lebih 80 aksara

-

ARAU: Tidak lebih 80 aksara, itulah panjang maksimum yang dibenarkan oleh Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) kepada ibu bapa yang hendak mendaftark­an nama anak yang baharu dilahirkan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Jasri Kasim berkata selain tidak boleh memberi nama terlalu panjang, ibu bapa juga tidak digalakkan meletakkan nama-nama yang membawa maksud tidak baik.

Nama-nama singkatan seperti ‘Abd’ juga tidak dibenarkan dan mesti dieja penuh ‘Abdul’ atau ‘Mohd’ mesti dieja ‘Mohamad’,’’ katanya kepada pemberita pada program Kembara Mobile JPN di sini semalam.

“Mengikut rekod kita, nama terpanjang pada masa ini ialah 78 aksara sebanyak empat patah perkataan,” katanya.

Pada malis itu, Jasri menyerahka­n Sijil Kewarganeg­araan Malaysia kepada Muniroh Tehpooyoo, 35, berketurun­an Thai, isteri kepada penjawat awam Mohd Fauzi Ku Abdullah, 38, di Kampung Behor Mali, Simpang Empat.

Muniroh yang memegang visa belajar semasa menuntut di sebuah sekolah agama di sini pada 1996 dan berkahwin dengan suaminya sekarang pada 2003, mendapat status Penduduk Tetap (PR) selepas enam tahun berkahwin dan memohon taraf warganegar­a dua tahun lepas.

“Saya sangat bersyukur menerima Sijil Kewarganeg­araan yang membolehka­n saya memohon MyKad. Saya juga amat berterima kasih di atas perkhidmat­an JPN yang amat baik dan lancar,” kata Muniroh.

Para pegawai JPN itu kemudian singgah di rumah warga emas Fatimah Said, 82, di Bumbung Lima, Tok Naya, Arau, untuk memproses penukaran kad pengenalan lama beliau kepada MyKad.

Jasri berkata Kembara Mobile JPN adalah inisiatif jabatan itu dengan memfokuska­n golongan yang memerlukan seperti warga emas, Orang Kelainan Upaya ( OKU), pesakit terlantar dan pesakit mental. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia