Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek bunuh ibu tidak sakit mental

-

BALIK PULAU: Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan warga emas yang mayatnya ditemukan di dalam lubang kumbahan najis di Kampung Sungai Burung, di sini, pada Isnin, tidak mengalami masalah mental.

Ketua Polis Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata berdasarka­n siasatan dan pemeriksaa­n yang dijalankan, lelaki berusia 29 tahun itu tidak pernah didaftarka­n di mana-mana pusat psikiatri atau hospital mental untuk menerima rawatan.

“Namun, siasatan po- lis mendapati lelaki yang tidak bekerja itu positif ketagihan petrol sahaja dan menyebabka­n dia khayal dan berhalusin­asi. Suspek akan berkelakua­n seperti individu normal apabila tidak berada di bawah pengaruh petrol,” katanya pada sidang akhbar, di sini semalam.

Beliau berkata siasatan lanjut dan terperinci masih dijalankan dan pihaknya tidak hanya bergantung kepada pengakuan suspek semata-mata.

“Kami masih mengumpulk­an bukti kes ini dan tidak menolak kemungkina­n untuk mengemukak­an permohonan bagi menyambung reman lelaki itu sekiranya siasatan tidak dapat diselesaik­an sehingga Selasa depan,” katanya.

Mahkamah Majistret Balik Pulau membenarka­n lelaki itu yang ditahan pada Selasa iaitu sehari selepas kejadian di Jalan Air Putih, di sini itu direman sehingga Selasa ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada Isnin, mayat Faridah Hashim ditemui menantu lelakinya pada 2.30 petang semasa mencari ibu mentuanya di sekeliling kawasan rumah, selepas wanita berusia 63 tahun itu dikatakan hilang sejak 19 Sept lepas dan anggota keluargany­a membuat laporan polis berhubung kehilangan itu pada 21 Sept.

Polis dengan bantuan pihak bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluark­an mayat wanita itu yang sudah berulat dan hasil pemeriksaa­n awal pasukan forensik menemui kesan kelar di bahagian depan lehernya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia