Utusan Borneo (Sarawak)

APMM tahan dua kapal tangki pindah minyak secara haram

-

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( APMM) menahan dua kapal tangki yang disyaki melakukan pemindahan minyak daripada kapal ke kapal tanpa kebenaran dalam operasi Op Redback XI di perairan Pengerang, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata pemeriksaa­n mendapati kedua-dua kapal terbabit gagal mengemukak­an dokumen kebenaran melakukan aktiviti pemindahan minyak.

Beliau berkata dua kapal tangki yang masing- masing dengan tanda nama KANTEK 2 dan RAMAI AWANA dikesan melakukan perkara itu oleh Bot Peronda Maritim yang sedang melakukan operasi sebelum memeriksa kapal terbabit di perairan itu.

“Pada kejadian kirakira 12.20 tengah hari itu, pemeriksaa­n telah mendapati kapal KANTEK 2 yang berdaftar di Singapura itu sedang memindahka­n minyak yang dipercayai jenis ‘Marine Fuel Oil (MFO)’ ke kapal RAMAI AWANA.

Pemeriksaa­n lanjut mendapati mereka gagal mengemukak­an sebarang kebenaran berkaitan aktiviti pemindahan minyak dan kebenaran bersauh dalam Perairan Malaysia daripada Pengarah Laut Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Katanya lagi, kapal RAMAI AWANA yang berdaftar di Malaysia juga gagal menunjukka­n sebarang dokumen berkaitan insurans kapal.

Zulfadli berkata kedua-dua kapal terbabit turut membawa 23 kru dari Singapura berusia antara 27 hingga 55 tahun.

Empat daripada mereka dibawa ke pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili untuk siasatan selanjutny­a, tambahnya.

Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 49 1B(1)(k) iaitu melakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia dan Seksyen 49 1B( 1)( l) iaitu bersauh tanpa kebenaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia