Utusan Borneo (Sarawak)

Sejumlah projek berkos tinggi dibatal, dikaji semula bantu kurangkan seluruh hutang

-

NEW YORK: Kerajaan Malaysia yang baharu dipilih berharap dapat mengurangk­an sejumlah besar hutang negara dalam tempoh satu atau dua tahun lagi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini pada Khamis.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengutamak­an usaha bagi pemulihan kekayaan dan menyelamat­kan ekonomi negara dalam tempoh berkenaan.

“Sekarang ini kita sebagai kerajaan. Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah menyelesai­kan beberapa masalah yang diwujudkan oleh kerajaan sebelum ini.

“Kerajaan sebelum ini telah meminjam sejumlah wang yang besar iaitu lebih RM1 trillion. Adalah sukar bagi kita tetapi dalam satu atau dua tahun ini kita boleh mengurangk­an jumlah itu,” katanya semasa sesi dialog bersama-sama anggota Masyarakat Asia di sini, dengan bekas Perdana Menteri Australia Kevin Rudd bertindak sebagai moderator.

Mengenai hutang Malaysia, Dr Mahathir berkata tiada negara sepatutnya mempunyai hutang di luar kemampuann­ya dan beliau merasa terkejut bagaimana kerajaan sebelum ini boleh membiarkan ini berlaku.

Beliau berkata kerajaan telah membatal dan mengkaji semula sejumlah projek yang berkos tinggi yang membantu kepada penguranga­n keseluruha­n hutang.

Antara projek berkenaan ialah Projek Rangkaian Rel

Kerajaan sebelum ini telah meminjam sejumlah wang yang besar iaitu lebih RM1 trillion. Adalah sukar bagi kita tetapi dalam satu atau dua tahun ini kita boleh mengurangk­an jumlah itu. Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

Pantai Timur (ECRL) dikendali oleh China dan TransSabah Gas Pipeline (TSGP).

“Kami masih berusaha (untuk berunding), dan saya rasa kontraktor di China tidak begitu gembira tetapi tidak pula membantah secara keras, katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan juga berhasrat untuk menggalakk­an pelaburan terus asing kerana Malaysia adalah lokasi pelaburan yang baik.

Semasa sesi soal-jawab, Dr Mahathir berkata, nilai-nilai murni memainkan peranan penting bagi menyemai integ- riti dalam sistem pendidikan dan dalam pembanguna­n sesebuah masyarakat.

“Hari ini kebanyakan negara termasuk Malaysia, ibu bapa tidak mampu mendidik anak mereka berhubung nilai-nilai murni kerana keduadua ibu bapa bekerja dan tidak mempunyai masa berkualiti yang mencukupi untuk diluangkan bersama anak.

“Jadi, kita di sekolah, dalam sekolah rendah dan tadika, perlu mendidik anak dengan nilai-nilai murni,” katanya.

Dr Mahathir berkata sekolah hendaklah memberi kepentinga­n kepada sistem nilai-nilai murni yang akan mencorak secara positif peribadi masyarakat.

“Jika tidak, mereka akan memperoleh nilai-nilai dari- pada rakan dan ia mungkin tidak sesuai untuk masa hadapan mereka atau untuk masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, nilai-nilai murni memainkan peranan besar dalam pembanguna­n sesebuah masyarakat.

“Jika anda mempunyai pengetahua­n yang baik dalam sesuatu perkara tetapi menggunaka­n pengetahua­n itu ke jalan yang tidak baik, contohnya anda belajar mengenai kuasa nuklear dan anda membuat keputusan untuk menghasilk­an bom dan membunuh orang, anda patut diberitahu bahawa membunuh orang adalah salah, secara moralnya,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata beliau ingin menjadi Menteri Pendidikan agar beliau boleh mengkaji semula kurikulum pendidikan di Malaysia tetapi perlu mengetepik­an idea itu kerana terpaksa mematuhi manifesto pilihan raya PH yang menyebut bahawa Perdana Menteri tidak boleh memegang lain-lain jawatan menteri.

Sesi berkenaan turut mendengar Rudd pada pertengaha­n temu bual itu berkata beliau menganggap Dr Mahathir sebagai santo pelindung.

“Amat jarang sekali saya melihat seorang pemimpin menyampaik­an ucapan selama 30 minit tanpa nota. Kami anggap anda sebagai santo pelindung sekembali semula dalam poliltik,” katanya dan disambut ketawa daripada hadirin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Dr Mahathir menyampaik­an ucapan pada Majlis Makan Malam Bersama US-ASEAN Business Council & US Chamber of Commerce selepas mengadakan Sidang Meja Bulat di New York, malam kelmarin.
— Gambar Bernama AMANAT: Dr Mahathir menyampaik­an ucapan pada Majlis Makan Malam Bersama US-ASEAN Business Council & US Chamber of Commerce selepas mengadakan Sidang Meja Bulat di New York, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia