Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Perkhidmat­an Veterinar adakan perbincang­an dengan NADMA atasi rabies

-

ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) mengadakan perbincang­an bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam usaha mencari jalan untuk mengekang penularan penyakit anjing gila atau rabies di Sarawak.

Ketua Pengarah DVS Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata langkah itu berikutan keadaan penularan wabak rabies yang dilihat agak membimbang­kan selepas tiga lagi kawasan baharu dicatatkan di Sarawak iaitu di Sibu, Miri dan Kapit.

“Bantuan daripada NADMA itu diperlukan dengan melibatkan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) dalam membantu mengawal sebarang pergerakan yang boleh menyebarka­n wabak rabies ke kawasan yang baharu.

Keadaan di Sarawak masih terkawal di mana kita terus mengadakan kawalan dengan memberi vaksin kepada anjing selain menangkap anjing liar tetapi bantuan NADMA ini dilihat perlu dalam meningkatk­an sumber tambahan untuk membantu mengawal penularan wabak rabies ini,” katanya selepas merasmikan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 di sini semalam.

Quaza Nizamuddin sejak wabak tersebut diisytihar­kan Jun tahun lepas di Sarawak, sejumlah 12 meninggal dunia akibat wabak itu.

Sementara itu, beliau meminta pemilik anjing supaya memastikan haiwan peliharaan mereka berada dalam pekarangan rumah dan tidak bergaul dengan anjing liar bagi mengelak risiko penularan wabak rabies yang boleh membahayak­an kesihatan anggota keluarga serta masyarakat setempat.

“Sebanyak 218 sampel positif rabies telah dikesan pada anjing yang terkena jangkitan rabies sejak Julai 2017 hingga September lalu di Sarawak sebab itu pemilik anjing perlu pastikan anjing peliharaan mereka mendapatka­n suntikan vaksin kerana ia merupakan cara terbaik untuk mengawal penularan wabak tersebut.

Kita mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi iaitu sebanyak 100,000 vaksin di Sarawak dan cukup untuk dihantar ke kawasan pedalaman namun, sehingga kini kita dimaklumka­n penggunaan vaksin rabies di Sarawak telah mencecah lebih 80,000 yang digunakan untuk menyuntik anjing peliharaan,” katanya.

Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang dis- ebabkan Lyssavirus dan boleh menjangkit­i manusia melalui luka gigitan anjing dan mangsa yang dijangkiti rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia (takut pada air), lumpuh dan koma.

Sekiranya digigit anjing, mangsa perlu mengambil langkah pencegahan jangkitan rabies dengan mencuci bahagian tubuh yang digigit dengan air mengalir dan sabun selama 15 minit bagi menghilang­kan kesan air liur dan perlu mendapatka­n rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital terdekat. — Bernama GEORGE TOWN: Seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang menghidap pelbagai masalah kesihatan memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung pembiayaan kos rawatan hariannya yang berjumlah RM600 sebulan.

Ibu kepada bayi berkenaan R. Kogilavani, 31, berkata anak bongsu dari dua beradik itu menghidap penyakit ‘down syndrome’, jantung berlubang, tiroid, hernia, gangguan usus serta masalah pendengara­n telinga kanan sejak lahir yang memerlukan rawatan berkala di hospital.

Lebih menyedihka­n, kata Kogilavani, suaminya G. Kovalan, 32, merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihata­n sejak dua tahun lalu (akibat kemalangan motosikal) hanya bekerja sebagai pengawal keselamata­n di flat kawasan Paya Terubong dengan bayaran sebanyak RM40 sehari yang disifatkan­nya sebagai kais pagi, makan pagi.

“Oleh kerana kami hanya mendapatka­n rawatan di Hospital Pulau Pinang, kos perbelanja­an yang diperlukan adalah kos ulang-alik ke hospital serta perbelanja­an susu dan pampers yang menelan belanja sebanyak RM600 sebulan tidak termasuk perbelanja­an lain,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediaman mereka di Ayer Itam, di sini.

Katanya, setakat ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menghulurk­an bantuan sebanyak RM500 sebulan namun masih tidak mencukupi kerana terpaksa menampung perbelanja­an keperluan lain termasuk sewa rumah, bil-bil lain serta keperluan anak sulung mereka yang juga masih menyusu.

Katanya lagi, jika bayinya itu tidak diberikan rawatan berkenaan, anaknya akan mengalami gangguan otak dan akan cacat kekal seumur hidup.

“Oleh itu, saya merayu kepada semua anggota masyarakat atau mana-mana pihak yang sudi membantu meringanka­n beban kami….sedikit sebanyak dapatlah kami tumpukan kepada hal persekolah­an anak sulung yang kini masih belum bersekolah (tadika) ekoran kekangan kewangan yang diha- dapi,” katanya dan menambah bahawa suaminya turut mengambil inisiatif untuk mengajar sendiri anak sulungnya itu di rumah supaya tidak ketinggala­n dalam pelajaran.

Sementara itu sepasang suami isteri yang menghidap penyakit diabetes turut merayu orang ramai untuk menghulurk­an bantuan bagi meringanka­n beban yang terpaksa ditanggung pasangan itu terutamany­a bagi mengampung perbelanja­an persekolah­an anak lelakinya.

A. Munusamy, 53, berkata sejak dirinya disahkan menghidap penyakit tersebut tahun lalu telah mengibarat­kan hidupnya di ambang kegelapan terutamany­a bila tempat kerjanya sebagai penghantar surat ditutup dan beliau terpaksa mencari kerja lain.

“Bagaimanap­un keadaan lebih teruk lagi apabila saya didiagnos menghidapi penyakit buah pinggang dan tak mampu bekerja lagi apabila kesemua jari kaki kanan saya terpaksa dipotong.

“Tambahan pula isteri saya, R. Puspawathi, 53, juga menghidap diabetes dan beberapa penyakit lain seperti buah pinggang dan kecacatan tulang bengkok pada kaki kiri, akibat jatuh yang mengakibat­kan tempurung kakinya perlu dibedah,” katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 13 tahun.

Bagaimanap­un Munusamy berkata, pada masa ini ada jiran tampil membantu dengan menghulurk­an duit belanja persekolah­an kepada anak kami iaitu sebanyak RM10 setiap hari selain menerima sumbangan seperti barangan keperluan harian seperti makanan.

Sementara itu, Pengerusi sebuah NGO Tamailar Harapan Judy Anne, berkata setakat ini pihaknya berjaya mendapatka­n bantuan kewangan sebanyak RM30,000 bagi pihak isteri Munusamy daripada Tabung Kebajikan Adventist Hospital dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kebun Bunga, Jason Ong.

Sesiapa yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menghubung­i Judy Anne di talian 016-4041302 untuk sebarang maklumat lanjut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERLU BANTUAN: K Ragusai, lima bulan dicium oleh abangnya Ravi Kiran,5, sambil diperhatik­an oleh ibunya R Kogilavani dan bapanya G Kovalan ketika ditemui di kediamanny­a di Ayer Itam, dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama PERLU BANTUAN: K Ragusai, lima bulan dicium oleh abangnya Ravi Kiran,5, sambil diperhatik­an oleh ibunya R Kogilavani dan bapanya G Kovalan ketika ditemui di kediamanny­a di Ayer Itam, dekat George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia