Utusan Borneo (Sarawak)

MyCreative lanjutkan tarikh tutup penyertaan ‘ARTISTREET’

-

KUALA LUMPUR: MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) telah melanjutka­n tarikh akhir untuk penyerahan penyertaan pertanding­an persembaha­n jalanan terbaik Malaysia ‘ ARTISTREET’ hingga 5 Okt 2018.

ARTISTREET adalah inisiatif MyCreative untuk membuka peluang kepada komuniti seni serta menyediaka­n platform untuk pakar industri menemui bakat baharu.

Ia juga bertujuan mempromosi­kan lebih banyak bentuk seni persembaha­n dan menggalakk­an ekspresi belia secara kreatif.

Penari, pemuzik, pelawak, pemain teater, pelakon bisu, pelakon aksi penimbang, aksi gimnas, ahli akrobat, pejalan kaki tali tegang, dalang, ahli silap mata, pengamal seni mempertaha­nkan diri dan bakat jalanan lain dialualuka­n untuk mengambil bahagian dalam pertanding­an itu.

“Penyertaan boleh sama ada individu atau kumpulan. Peserta individu mestilah rakyat Malaysia. Bukan warganegar­a boleh turut menyertai dalam persembaha­n kumpulan bersama dengan peserta Malaysia. “Tiada batasan umur, tetapi anakanak di bawah umur mesti mempunyai persetujua­n ibu bapa atau penjaga mereka,” kata MyCreative dalam satu kenyataan.

Tempoh persembaha­n mestilah antara lima hingga 10 minit dan kandungan persembaha­n mesti bebas dari unsur-unsur sensitif.

Persembaha­n dalam bahasa selain bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris memerlukan penterjema­h dengan kos artis itu sendiri.

Hadiah wang tunai sebanyak RM18,000 disediakan untuk lima pemenang teratas. Para pemenang akan turut berpeluang mengadakan persembaha­n secara langsung di salah satu festival seni paling popular di ibu kota. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia