Utusan Borneo (Sarawak)

JPN Pahang permudah urusan dua pesakit angin ahmar

-

KUANTAN: Keprihatin­an Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) membantu meringanka­n urusan keluarga dua pesakit angin ahmar mendapatka­n kad pengenalan (MyKad) baharu tanpa perlu meninggalk­an rumah.

Mohamad Mat Zin, 60, berkata isterinya Norfatimah Mahmud, 53, menyuaraka­n hasrat menukar MyKad lamanya yang rosak sejak awal bulan lalu, namun beliau tidak tahu bagaimana hendak berbuat demikian kerana pergerakka­nnya terbatas akibat penyakit itu.

“Anak saya ada ke pejabat JPN untuk membuat permohonan bagi pihak isteri, namun diberitahu pemiliknya perlu hadir bersama. Mula-mula buntu juga tapi lega selepas diberitahu JPN boleh hadir ke rumah.

“Sebenarnya kagum juga melihat mereka boleh proses permohonan dalam masa yang singkat... dan berlaku di rumah kami pula,” katanya semasa ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Jawa di sini, semalam.

Terdahulu, Mohamad menerima kunjungan JPN yang diketuai Pengarah Negerinya Juzilawati Kamarudin bagi memproses permohonan isterinya yang diserang penyakit itu pada empat tahun lalu.

JPN Pahang semalam, juga membantu seorang lagi pesakit angin ahmar Rahimah Mohd Yusof, 62, yang menetap di Tanah Putih Baru di sini, dengan menyerahka­n MyKad bagi menggantik­an dokumen asal yang hilang sejak enam bulan lalu.

Suami Rahimah, Nik Hassan Nik Leh, 68, berkata permohonan MyKad berkenaan telah dibuat pada Mei lalu, dan selepas dimak- lumkan keadaan kesihatan isterinya, wakil JPN datang ke rumah mereka beberapa hari kemudian.

“Terharu juga bila pengarah sendiri datang serahkan MyKad isteri. Walaupun pada orang lain mungkin biasa, namun untuk kami ia benar-benar besar ertinya. Kami harap inisiatif ini dapat diteruskan kerana memudahkan mereka yang senasib,” katanya.

Sementara itu, Juzilawati berkata sebanyak 571 permohonan memperbaha­rui Mykad diterima pada tahun ini setakat semalam, meningkat daripada 540 untuk tahun lalu.

Beliau berkata JPN sentiasa memudahkan urusan masyarakat termasuk berkunjung ke rumah mereka yang mengalami kesukaran untuk ke pejabat JPN bagi urusan berkaitan jabatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HULURKAN BANTUAN: Juzilawati (kiri) dan Ketua Unit Perkhidmat­an Operasi JPN Putrajaya Mokhzan Ariff Mohd Yusof membantu seorang warga emas yang uzur Nur Fatimah Mahmud, 63, mengimbas cap jarinya bagi proses membuat MyKad baharu semasa memberi perkhidmat­an ke rumahnya di Kampung Baru Seri Teruntum dekat Kuantan pada Program Mobile Ehsan sempena Kembara Mobile JPN 2018, semalam.
— Gambar Bernama HULURKAN BANTUAN: Juzilawati (kiri) dan Ketua Unit Perkhidmat­an Operasi JPN Putrajaya Mokhzan Ariff Mohd Yusof membantu seorang warga emas yang uzur Nur Fatimah Mahmud, 63, mengimbas cap jarinya bagi proses membuat MyKad baharu semasa memberi perkhidmat­an ke rumahnya di Kampung Baru Seri Teruntum dekat Kuantan pada Program Mobile Ehsan sempena Kembara Mobile JPN 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia