Utusan Borneo (Sarawak)

10,000 kakitangan KEMAS akan disambung kontrak tahun hadapan

-

GEORGE TOWN: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan menyambung kontrak bekerja 10,000 kakitangan­nya, kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi KEMAS, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.

Beliau berkata KEMAS tetap akan meneruskan kontrak bekerja kepada 10,000 orang kakitangan di seluruh negara dengan syarat individu tersebut tidak mempunyai masalah tatatertib.

“Seramai 10,000 kakitangan digajikan atas kontrak... kontrak-kontrak ini akan disambung macam biasa kecuali jika ada isu-isu tatatertib. Kalau tiada isu, kontrak-kontrak akan diteruskan.

“Kita ada lebih kurang 17,000 orang kakitangan KEMAS... 7,000 daripada itu pemegang jawatan tetap. Jika (individu) berkhidmat selama 15 tahun, mereka boleh dilantik sebagai pemegang jawatan tetap,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani MoU antara Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Kesatuan Kakitangan Kemas Semenanjun­g Malaysia (KESATERIA) bagi program Pengurusan Organisasi Lestari di universiti itu semalam.

Majlis itu dihadiri Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar R. Sivarasa.

Pengurusan Organisasi Lestari merupakan sebuah program yang menawarkan kursus jangka pendek kepada kakitangan KEMAS bertujuan meningkatk­an pengetahua­n dan kefahaman berkaitan ciri-ciri pengurusan pejabat, komunikasi berkesan dan kelestaria­n, pengurusan kewangan, kepentinga­n dan peranan teknologi maklumat serta pekerjaan sosial.

Seramai 97 kakitangan KEMAS telah berdaftar bagi mengikuti kursus selama empat bulan di USM bermula hari ini dan antara kursus yang ditawarkan adalah Pengenalan Kepada Kerja Sosial, Perlakuan dan Kelestaria­n Dalam Organisasi, Komunikasi Lestari, Kewangan Lestari, dan Teknologi Maklumat Dalam Organisasi.

Sementara itu, Sivarasa berkata menerusi kerjasama berkenaan dapat membantu kakitangan KEMAS untuk lebih memahami peranan dan cabaran semasa sebagai pemimpin dalam menerajui organisasi selain daripada menambah ilmu dalam pendidikan kanak- kanak. —Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AKAN BERTANDING: Isa (duduk tengah) mengumumka­n akan bertanding sebagai calon bebas Parlimen Port Dickson di Port Dickson semalam.
— Gambar Bernama AKAN BERTANDING: Isa (duduk tengah) mengumumka­n akan bertanding sebagai calon bebas Parlimen Port Dickson di Port Dickson semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia