Utusan Borneo (Sarawak)

TPM akui tidak mengetahui mengenai rancangan UMNO untuk membentuk kerjasama

-

SERDANG: Tiada perbincang­an mengenai kerjasama antara PKR dan UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden PKR itu berkata beliau tidak mengetahui mengenai rancangan UMNO untuk membentuk kerjasama tersebut seperti yang dinyatakan Presidenny­a Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita tidak bincang, kita mesti tengok macam mana... takkanlah hendak bekerjasam­a pula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Better Brighter Anjung Kasih YKN @ Hospital Serdang, di sini semalam.

Pada Rabu lepas, Ahmad Zahid dilaporkan sebagai berkata UMNO berharap dapat membentuk kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti dari Pakatan Harapan secepat mungkin.

Menurut Ahmad Zahid kerjasama itu boleh dicapai menerusi perjanjian bersama sebelum atau selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menurut laporan media, desas-desus mengenai kerjasama tersebut muncul selepas Barisan Nasional bertindak memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sehingga menim- bulkan persepsi UMNO mungkin bekerjasam­a dengan PKR bagi memberi laluan mudah untuk Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan.

Ditanya mengenai kenyataan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kelmarin mengenai hasratnya untuk bertanding menentang Anwar sebagai calon Bebas dalam PRK tersebut, Dr Wan Azizah berkata sesiapa sahaja berhak untuk bertanding.

“Itu hak dia. Sesiapa sahaja boleh bertanding,” katanya secara ringkas.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongka­n pe- nyandangny­a Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 September lepas bagi membolehka­n Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru-baru ini, menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17, 710 undi mengalahka­n calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Dr Wan Azizah merasmikan Better Brighter Anjung Kasih YKN @ Hospital Serdang di Hospital Serdang, semalam.
— Gambar Bernama RASMI: Dr Wan Azizah merasmikan Better Brighter Anjung Kasih YKN @ Hospital Serdang di Hospital Serdang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia