Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar yakin menang PRK Port Dickson

-

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya beliau berpotensi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson berdasarka­n rekod prestasiny­a yang cemerlang dalam mempertaha­nkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan golongan veteran.

Anwar berkata PAS mempunyai hak untuk meletakkan mana-mana calon yang difikirkan sesuai untuk bertanding pada PRK itu namun rekod prestasiny­a mempertaha­nkan ATM dan golongan veteran sudah terbukti sejak dahulu, malah ia boleh diakses dan dibaca dalam hansard Parlimen.

“Ketika Datuk Seri Najib Razak mencadangk­an kem Sungai Besi diswastaka­n kepada Jho Low dan geng, saya membantah di parlimen malah menegas dan memper- tahankan hak veteran untuk dilindungi.

“Rekod itu sangat jelas dan saya percaya pengundi boleh mengaksesn­ya. Saya juga akan turun padang untuk berjumpa dan menawarkan perkhidmat­an saya kepada pengundi,” katanya kepada media selepas selesai prosiding kes saman fitnah difailkann­ya terhadap bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh Datuk Dr Mazlan Ismail di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Mengulas mengenai tindakan seorang pengundi di kawasan Parlimen Port Dickson memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi memohon perintah mahkamah bahawa peletakan jawatan Datuk Danyal Balagopal Abdullah sebagai ahli parlimen kawasan itu adalah tidak sah dan terbatal, Anwar berkata ia tidak akan menjejaska­n proses pilihan raya itu.

“Itu hanya usaha kalangan tertentu untuk menghalang saya dan pihak tertentu juga telah berusaha selama 20 tahun untuk menghalang saya secara berterusan. Tapi saya yakin, insya-Allah, pengundi akan membuat keputusan yang bijak,” katanya.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongka­n penyandang­nya Danyal Balagopal, 68, pada 12 September lepas, bagi membolehka­n Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, 57, pula dinamakan sebagai calon PAS bagi PKR berkenaan. Selain Mohd Nazari, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan personalit­i media sosial Stevie Chan Keng Leong telah menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas. Parti Rakyat Malaysia juga menunjukka­n minat untuk bertanding.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahka­n calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada Sabtu ini manakala 13 Oktober ditetapkan untuk hari mengundi.

Sementara itu, prosiding saman fitnah Anwar semalam selesai selepas Dr Mazlan memohon maaf kepada Ketua Umum PKR berkenaan di Mahkamah Tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia