Utusan Borneo (Sarawak)

Saya sudah keluar daripada UMNO: Isa

-

PORT DICKSON: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengesahka­n bahawa beliau telah keluar daripada UMNO dua hari lalu untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, 13 Oktober ini.

Beliau berkata tindakan keluar daripada parti itu bukan atas desakan manamana pihak tetapi sebaliknya keinginann­ya untuk menabur bakti kepada rakyat di kawasan itu susulan tindakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding.

“Tidak timbul persoalan saya akan dipecat. Presiden UMNO ( Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) pun tak pernah tanya kepada saya selaku pemimpin senior mengenai soal calon di Port Dickson dan mengapa pula saya nak bertanya dengan dia untuk saya bertanding,” katanya pada sidang media di sini, malam kelmarin.

“Orang Port Dickson kenal saya dan tahu perkhidmat­an saya, jadi saya serah kepada mereka untuk menilai,” katanya bekas Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang sambil menambah beliau belum memikirkan untuk menyertai mana-mana parti selepas ini.

Ditanya adakah penyertaan­nya di atas tiket Bebas pada PRK ini bertujuan memeriahka­n suasana, Mohd Isa yang juga bekas Ahli Parlimen Jempol berkata ia bukan niatnya.

“Ini bukan pemilihan jawatankua­sa kampung, ini pilihan raya. Kita masuk sebab nak menang bukan masuk nak kacau daun. Ini tak betul. Pilihan raya ini kita tak boleh buat main-main,” katanya.

RK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandang kerusi, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan baru-baru ini bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Rakyat.

Selain Anwar dan Mohd Isa, PAS turut mengumumka­n Lt.Kol.(B) Mohd Nazari Mokhtar sebagai calon di samping calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas yang juga personalit­i media sosial, Stevie Chan Keng Leong.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17, 710 undi mengalahka­n calon BN, Datuk V.S Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia