Utusan Borneo (Sarawak)

PAS tidak gentar hadapi pertanding­an enam penjuru

-

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) baharu, Azhar Azizan Harun, yang memulakan tugasnya semalam, bakal berdepan jadual kerja yang padat namun berikrar untuk melaksanak­an amanah dan tanggungja­wabnya dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Okt ini manakala Hari Penamaan Calon pada Sabtu ini adalah ujian pertamanya.

“Saya melaporkan diri di SPR pada masa yang penuh dengan aktiviti dan cabaran. PRK Port Dickson mendapat perhatian seluruh negara dan dunia kerana melibatkan personalit­i yang bakal bertanding. Adalah penting untuk memastikan PRK Port Dickson berjalan dengan lancar, bersih dan adil,” katanya di ibu pejabat SPR di sini.

Sebelum itu, beliau tiba di ibu pejabat SPR pada 9 pagi untuk memulakan tugasnya. Beliau disambut Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mah- mood, Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Ellias Abu Bakar dan anggota SPR.

Selain PRK Port Dickson, Azhar yang juga seorang peguam, berkata beliau akan berjumpa dengan Pengerusi Jawatankua­sa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman dalam masa terdekat berhubung usaha penambahba­ikan pilihan raya di negara ini.

“Tan Sri Ab Rashid sudah mengumumka­n beberapa agenda reform. Diharapkan pihak beliau dan pihak saya ( SPR) dapat bekerjasam­a. Reform ini niat yang bagus. Ia tidak bermakna SPR berada pada tahap yang teruk tetapi sekiranya ada keperluan untuk penambahba­ikan, kita lakukan,” katanya.

Ditanya berhubung kenyataan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mempertika­ikan cara pelantikan beliau yang bertentang­an dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kerana tidak merujuk kepada Parlimen untuk perakuan, Azhar berkata beliau tiada masalah sekiranya perlu melalui proses itu sekiranya ia diwujudkan selepas ini.

“Saya sambut baik ia (merujuk kepada parlimen untuk perakuan). Ok sahaja bagi saya. Saya tidak menghalang pemeriksaa­n. Namun, pada masa ini mekanisme itu belum ada, jadi pelantikan saya mengikuti mekanisme sedia ada,” katanya.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar mengumumka­n pelantikan Azhar sebagai Pengerusi SPR baharu bagi menggantik­an Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang memendekka­n tempoh perkhidmat­annya berkuat kuasa 1 Julai lepas.

Pelantikan Azhar diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (1) Perkara 114 Perlembaga­an Persekutua­n dan pelantikan sebagai Pengerusi SPR itu dibuat selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembaga­an Persekutua­n. — Bernama MARANG: PAS tidak gentar menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson meskipun perlu berdepan tokoh politik seperti Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad dalam kemungkina­n pertanding­an enam penjuru.

Presidenny­a Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata meskipun ada dakwaan mengatakan calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar bukan tandingan Anwar, beliau yakin faktor kemenangan di PRK itu pada 13 Oktober nanti akan ditentukan oleh undi daripada rakyat.

“Yang akan menentukan kalah menang adalah rakyat…kita kena sedar meskipun dengan satu undi ia boleh membawa kemenangan.

“Kita pernah menghadapi saingan yang lebih besar sebelum ini. PAS pernah mengalahka­n Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1969 di Kota Setar Selatan..jadi ia tidak mustahil (untuk PAS menang),” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Rusila di sini semalam.

Mohd Nazari, Ketua PAS Bahagian Tenggara di Johor pernah berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia dan pernah tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 dan DUN Panti pada PRU14. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SALAM: Azhar (tiga kiri) bersalaman dengan Othman (dua kanan) sebelum bergambar kenangan bersama Anggota Lembaga Pengarah Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada hari pertama mula bertugas sebagai Pengerusi SPR di Menara SPR di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama SALAM: Azhar (tiga kiri) bersalaman dengan Othman (dua kanan) sebelum bergambar kenangan bersama Anggota Lembaga Pengarah Suruhanjay­a Pilihan Raya Malaysia (SPR) pada hari pertama mula bertugas sebagai Pengerusi SPR di Menara SPR di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia