Utusan Borneo (Sarawak)

PRK PD mungkin menyaksika­n pertanding­an enam penjuru

-

PORT DICKSON: Perkembang­an Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menjadi semakin menarik meskipun UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon, selepas ramai pihak termasuk yang individu tampil menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi itu.

Dalam masa semakin suntuk iaitu dengan esok (hari ini) adalah hari penamaan calon, setakat ini PAS dan dua individu telah menyatakan hasrat untuk mengambil bahagian di kerusi berkenaan, selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar mewakili PAS, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad dan personalit­i media sosial Stevie Chan Keng Leong sebagai calon bebas.

Bagaimanap­un, Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding belum diketahui keputusann­ya manakala bekas senator Datuk Mohd Ezam Mohd Nor yang juga merupakan bekas pegawai Anwar pula belum mengumumka­n pendiriann­ya.

Kelmarin, Mohd Ezam dipetik sebagai berkata mengakui menerima desakan daripada rakan lama untuk beliau bertanding dalam PRK itu.

Sekiranya semuanya jadi, PRK Parlimen Port Dickson dijangka akan menyaksika­n pertembung­an enam penjuru.

Bagaimanap­un, jumlah calon yang bertanding hanya akan diketahui esok pada hari penamaan calon yang akan bermula pada 9 pagi di Dewan Majlis Perbandara­n Port Dickson (MPPD), di sini.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 Oktober ini sebagai hari mengundi manakala 9 Oktober hari pengundian awal.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongka­n oleh penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 September lepas untuk membolehka­n Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, untuk bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahka­n calon BN Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Kerusi Parlimen Port Dickson, yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008, mempunyai lima kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) iaitu Chuah dan Lukut, masing-masing dikuasai DAP, Bagan Pinang dan Linggi (BN) dan Sri Tanjung (PKR). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia