Utusan Borneo (Sarawak)

Barcelona rancang reka semula lambang kelab

-

BARCELONA: Juara Sepanyol Barcelona kelmarin mendakwa mereka berada di landasan untuk mencipta pulangan rekod baharu sebanyak 960 juta euro (RM4.5 bilion) bagi musim 2018/19 dengan keuntungan bersih sebanyak 11 juta euro (RM51.7 juta).

Menurut anggaran bajet yang diluluskan oleh lembaga pengarah kelab, pada musim 2017/18. Barcelona mempunyai pulangan sebanyak 914 juta euro (RM4.3 bilion), mengatasi ramalannya sebanyak 897 juta euro, untuk keuntungan sebanyak 32 juta euro (RM150.4 juta).

Bagi musim semaa, perbelanja­an dijangka meningkat kepada 929 juta euro (RM4.4 bilion), tetapi ia akan diimbangi peningkata­n dalam hasil pendapatan, satu kenyataan kelab itu menyebut, yang menambah sasaran bagi pulangan satu bilion euro (RM4.7 bilion) pada 2021 masih dapat dicapai.

“Kelab ini sangat serius ( dalam pengurusan­nya). Kami mempunyai lebih banyak perbelanja­an dirancangk­an, tetapi juga lebih banyak pendapatan dijangkaka­n. Apa yang kami buat tidak akan menjejaska­n kebolehlak­sanaan kelab,” kata jurucakap kelab Josep Vives.

Sementara itu Barcelona turut mengumumka­n rancangan untuk mereka semula lambang kelab yang akan menyaksika­n akronim “FCB” digugurkan untuk mengetenga­hkan lagi bola dan bendera wilayah Catalan, dan “menyesuaik­an diri dengan era baharu”.

Inisiatif itu men- wab “salah satu objekyif utama Pelan Strategik FC Barcelona”, iaitu peningkata­n jenamanya pada peringkat antarabang­sa”, kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“Evolusi ini adalah hasil daripada renungan selama setahun setengah, dan kami ingin mengetenga­hkan warnawarna, yang merupakan simbol bagi identiti kami, selain bendera wilayah Catalan, dan pada waktu yang sama memberi kepentinga­n yang lebih tinggi kepada bola, elemen utama dan lambang bagi corak permainan Barcelona,” ujar Vives. — AFP j a -

 ??  ?? ANDY MURRAY
ANDY MURRAY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia