Utusan Borneo (Sarawak)

Vettel tidak perlu pakar psikologi

-

SOCHI: Sebastian Vettel menolak idea untuk menggunaka­n pakar psikologi sukan bagi membantuny­a dalam pertarunga­n merebut kejuaraan dengan Lewis Hamilton dan kelmarin berkata dia dan Ferrari merancang pendekatan yang tidak berubah.

Juara dunia empat kali dari Jerman itu berada 40 mata di belakang Hamilton dari pasukan Mercedes sebelum Grand Prix Rusia pada hujung ini selepas diketepika­n oleh pelumba British yang dominan itu di Itali dan Singapura.

Tetapi, katanya, dia dan pasukannya tidak akan berputus asa.

“Saya berpendapa­t ia sangat mudah daripada kedudukan kami sekarang,” katanya kepada pemberita kelmarin.

“Kami ketinggala­n beberapa mata dan kami perlu mengejar untuk memastikan kami kekal di sana. Itulah sasaran kami dan cara terbaik untuk berbuat demikian adalah untuk menamatkan perlumbaan di hadapan, dan secara idealnya di hadapan semua orang.

“Jadi rancangan sebenarnya tidak berubah. Sudah tentulah setakat ini kami cuba memberikan segalanya dan saya masih percaya kami ada peluang.

“Saya rasa kami ada peluang yang adil. Kami ada perlumbaan pada masa lalu yang kami sepatutnya memenangi tetapi tidak. Dan kami ada perlumbaan lain yang kami menangi - apabila kami sepatutnya tidak menang.

“Kita tidak tahu apa akan berlaku, tetapi segalanya tidak mustahil. Saya tidak menyasari untuk memeangi keenam-enam perlumbaan. Pertama sekali, saya menyasari untuk menang di sini, kemudian apabila itu erjaya dilakukan, kami pergi ke perlumbaan seterusnya dan seterusnya.

“Saya fikir ia tidak bermakna untuk melihat lima, enam perlumbaan di hadapan. Saya berpendapa­t kita jauh lebih bagus jika kita mengalami saat ini dan melihat apa yang ada di hadapan kita.”

Terdahulu, dia berkata dia telah menimbang untuk meminta bimbing psikologi, tetapi memutuskan untuk terus menggunaka­n kaedahnya sendiri bagi menangani tekanan dan mengurus kehangatan pertanding­an.

“Formula Satu adalah mengenai menyusun permainan susun suai,” katanya kepada Auto Bild.

“Ia adalah penting bahawa susun suai yang selesai adalah impian dan matlamat anda, tetapi ia tidak dapat mengganggu anda daripada menyusunny­a.

“Saya sememangny­a ada tekanan tetapi kebanyakan waktu, saya yang memberi tekanan kepada diri sendiri. Pad waktu lapan saya, saya jarang sekali membaca tentang F1. Kebanyakan­nya adalah mengenai bola sepak.

“Dan saya tidak suka kritikan awam mengganggu saya. Tetapi umumnya, cogan kata ialah kita tidak pernah sebagus dan seburuk seperti apa yang orang katakan mengenai kita.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia