Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan pasukan bakal bersemuka merebut Piala TKM1 di Betong

-

BETONG: Sebanyak lapan pasukan bakal berentap merebut Piala Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) dijadualka­n bermula pada 1 Oktober ini di Kompleks Sukan Betong di sini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong ( BDFA), Nelson Kloni Kanang memberitah­u perebutan piala berprestij di Bahagian Betong itu disertai lapan pasukan yang beraksi merebut slot pada kejohanan Liga Betong 2018 lalu.

“Piala TKM1 merupakan kesinambun­gan kejohanan Liga Betong berakhir pada 23 September lalu di mana Jang BS menjuarai aksi final setelah menewaskan PPMB FT.

“Pada masa sama, kita menetapkan hanya lapan pasukan berentap pada pusingan kalah mati.

Masing- masing empat pasukan dari Kumpulan A dan B beraksi pada pusingan kalah mati peringkat suku akhir dijadualka­n mengikut kedudukan undian dalam liga,” katanya.

Tambah beliau, PPMB FT yang menjuarai Kumpulan A bakal melayan pasukan di kedudukan keempat Kumpulan B, PDRM dijadualka­n pada 1 Oktober ini.

Manakala naib juara Kumpulan B, Saribas United bertemu Permata Kota FC yang berada di kedudukan ketiga Kumpulan A pada 2 Oktober.

“Juara Kumpulan B yang juga juara Liga Betong 2018, Jang BS akan menentang PHB 45 pada 3 Oktober ini. Manakala naib juara Kumpulan A, Bersepai FC melawan Saratok PC pada 4 Oktober,” katanya.

Aksi separuh akhir dijadualka­n pada 8 dan 9 Oktober ini.

“Untuk perlawanan akhir kita menetapkan pada 14 Oktober, tetapi jika ada keperluan untuk menetapkan tarikh lain kita maklumkan kemudian kerana ketetapan bergantung kepada tetamu kehormat menyempurn­akan majlis tersebut.

“Bagaimanap­un, kita terpaksa akur dan peka dengan sebarang perubahan yang dipinda,” jelasnya sambil menambah semua perlawanan dilangsung­kan di Kompleks Sukan Betong, bermula jam 4.15 petang.

Kejohanan tersebut menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi pusingan, piala dan pingat bagi juara.

Naib juara menerima wang tunai RM3,000 berserta piala dan pingat manakala tempat ketiga menerima wang tunai RM1,500 berserta pingat.

Penganjur turut memberi hadiah Anugerah Pemain Harapan, Penjaring Terbanyak dan Pemain Terbaik Final masing- masing menerima piala dan wang tunai RM100.

 ??  ?? NELSON
NELSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia