Utusan Borneo (Sarawak)

Sengketa Mourinho, Pogba menjadi perhatian di EPL

-

LONDON: Sengketa mengejutka­n di antara Jose Mourinho dengan Paul Pogba menyaksika­n perkembang­an baharu apabila Manchester United (MU) bertandang ke West Ham, manakala pemain Chelsea Eden Hazard cuba menyeksa Liverpool sekali lagi.

Pada hujung minggu lain, pertarunga­n di antara pendahulu Liga Perdana Inggeris ( EPL) Liverpool dengan pencabar kejuaraan Chelsea di Stamford Bridge akan menjadi pusat perhatian.

Namun Mourinho, pengurus MU, terlibat dalam pertembung­an ego dengan Pogba, pemain tengah Perancis, yang mengancam untuk merosakkan musim pasukannya.

Mourinho dan Pogba dirakam bertikam lidah di padang latihan MU pada Rabu lepas, hanya 24 jam sahaja selepas pemenang Piala Dunia itu diberitahu dia tidak akan lagi menjadi naib kapten pasukan.

Pogba yang panas baran dilaporkan menimbulka­n kemarahan Mourinho dengan menjelaska­n dia mahu menyertai Barcelona dan memburukka­n lagi keadaan apabila dia mengkritik taktik waspada pengurus itu dalam keputusan seri dengan Wolves pada hujung minggu lepas.

Dengan pemain MU yang dikatakan menyokong pihak masing-masing dalam perbalahan itu, Mourinho berdepan dengan situasi toksik yang dapat memecah-belah kelab.

Mourinho semakin duka lara Selasa lepas apabila MU, dengan Pogba direhatkan dan menonton perlawanan, disingkirk­an pada pusingan ketiga Piala Liga dalam kekalahan memalukan kepada kelab divisyen kedua Derby.

MU sudah ketinggala­n lapan mata di belakang Liverpool dan tidak mampu mengalami kekalahan lagi dalam kempen yang sudah pun traumatik.

Berlatarbe­lakangkan keadaan yang tegang itu, pengumuman mengenai senarai pasukan MU di West Ham pada malam ini (Sabtu) pasti dinanti-nantikan untuk melihat sama ada Pogba akan diturunkan semula atau hidup dalam buangan.

Tidak kira sama ada Pogba bermain ataupun tidak, MU mesti menaikkan tahap usaha mereka, menurut pemain pertahanan veteran mereka, Ashley Young.

“Saya berpendapa­t mereka bermain dengan lebih bersungguh- sungguh berbanding kami,” kata Young mengenai kekalahan kepada Derby.

“Kita perlu menunjukka­n kesungguha­n itu dan pergi lebih jauh daripada pasukan lawan. Kami tidak berbuat demikian dan saya rasa kami telah dihukum.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERLARUTAN: Gambr fail menunjukka­n Pogba (tengah) menyaksika­n perlawanan Piala Liga di antara Manchester United dan Derby County di Old Trafford, pada 25 September lalu.
— Gambar AFP BERLARUTAN: Gambr fail menunjukka­n Pogba (tengah) menyaksika­n perlawanan Piala Liga di antara Manchester United dan Derby County di Old Trafford, pada 25 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia