Utusan Borneo (Sarawak)

AFC: Indonesia, India mara ke suku akhir

-

KUALA LUMPUR: Indonesia dan India melangkah ke suku akhir Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 selepas kedua-dua pasukan seri 0-0 pada aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin.

Keputusan itu menyaksika­n Indonesia dan India berkongsi lima mata, selepas masingmasi­ng mengharung­i tiga perlawanan, namun Indonesia muncul juara kumpulan berkenaan dengan kelebihan jaringan.

Pada aksi malam kelmarin, Indonesia yang mencatat kemenangan 2-0 ke atas Iran dan seri 1-1 berdepan Vietnam dalam dua aksi terdahulu, memulakan perlawanan dengan perlahan apabila India menguasai permainan dengan beberapa serangan berbahaya.

Penjaga gol Indonesia, Ernando Ari Sutaryadi muncul wira pasukan apabila menampilka­n aksi terpuji menyelamat­kan beberapa serangan India termasuk percubaan Ridge Melcin Demello pada minit ke-17.

Penjaga gol berusia 16 tahun itu sekali lagi muncul penyelamat selepas bertindak cemerlang menyelamat­kan sepakan percuma Ravi Bahadur Rana pada minit ke-60.

Dalam pada itu, satu lagi aksi Kumpulan C yang berlangsun­g serentak menyaksika­n Iran akhirnya berjaya melakar kemenangan selepas membelasah Vietnam 5-0 di Stadium Arena Universiti Malaya (UM).

Lima gol Iran dijaringka­n Amirhossei­ni Aziz pada minit ke-17 dan ke-36, Aria Barzegar (minit ke-21) dan Mohammad Amin Doustali pada minit ke-31 dan ke-65

Aksi itu turut dicemari layangan kad merah oleh pengadil kepada Vu Tien Long selepas kapten Vietnam itu menjatuhka­n pemain lawan sekali gus menidakkan peluang jaringan Iran.

Menanti Indonesia dan India di peringkat suku akhir adalah dua pasukan teratas Kumpulan D. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia