Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjaya pengurusan acara jadikan Ellyana lebih berani

-

Nama: Ellyana Murat Umur: 22 tahun Berat/tinggi: 51kg/160 Asal: Kuching, Sarawak Bangsa: Melayu Bugis Pekerjaan: Pengurusan acara/ majlis dan perniagaan dalam talian Hobi: Bermain bola jaring

1. Ceritakan tentang diri anda dalam menggunaka­n lima ayat.

Saya seorang yang tegas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Saya juga seorang yang mudah berkawan dengan ramai orang. Selain bermain bola jaring, saya juga berminat dalam bidang solekan. Kadang-kadang saya mengisi masa lapang saya dengan ‘photoshoot’. Saya berminat dalam bidang ini sejak zaman sekolah lagi dan juga aktif semasa saya masih berumur 14 tahun. Saya juga pernah mencabar diri saya untuk menyertai pertanding­an Miss Elegant dan tanpa diduga, saya mendapat tempat ketiga.

2. Mengapa memilih pekerjaan ini?

Saya memilih pekerjaan saya kini kerana suka berhadapan dengan orang ramai. Pekerjaan ini kebanyakan­nya memberi peluang kepada saya untuk mengenali pelbagai jenis ragam manusia. Ia banyak memberi pengalaman baharu. Pada masa sama saya boleh menjelajah ke negerinege­ri lain atas urusan kerja. Saya memperoleh­i ramai rakan kerja dari negeri lain dan pelbagai bangsa. Saya mengakui pekerjaan ini memenatkan tetapi sebenarnya menyeronok­kan dan mengeratka­n silaturahi­m. 3. Adakah anda puas hati dengan apa yang anda lakukan dalam kerjaya setakat ini?

Sangat berpuas hati kerana kerjaya saya sekarang mengubah saya menjadi seorang lebih berani untuk berhadapan dengan orang ramai dan memberi banyak pengalaman baharu.

4. Bagaimana anda melihat bidang ‘modelling’ di Kuching? Adakah akan berkembang lebih jauh?

Bidang modelling di Kuching sekarang sudah semakin berkembang kerana pertanding­an ratu cantik kini semakin meluas. Boleh dikatakan setiap bulan ada pertanding­an ratu cantik dianjurkan. Ia menjadi gelanggang bagi gadis yang gemar cabaran atau menguji bakat mereka. Saya percaya bidang ini akan sentiasa berkembang sejajar dengan kemajuan masyarakat.

5. Siapakah model idola anda? Mengapa?

Idola saya ialah Alicia Amin. Dunia modelling ini boleh membuatkan netizen mengkritik kita dengan perkara yang negatif dari segi pakaian dan ‘posing’ yang kita lakukan. Namun beliau seorang model yang bersikap positif dan tidak mempedulik­an kritikan. Saya pada suatu hari nanti, ingin mengikut jejak idola saya ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia