Utusan Borneo (Sarawak)

Sembilan jelitawan Bidayuh rebut gelaran Ratu Cantik Tasik Biru 2018 malam ini

-

SEMBILAN gadis cantik Bidayuh akan berentap bagi merebut gelaran Ratu Cantik Tasik Biru 2018 pada pertanding­an akhir malam ini bertempat di pentas utama tapak Pesta Tasik Biru di Bau.

Mereka ialah Lydia Hyginus, Gloria Willi, Stephanie Audrey John, Ervina Fiffy Ted, Helen Amand Henry, Oasis Norun Favian, Priscillya Stevenson Satu, Valerie Alyn Morgan dan Shannon Micheal.

Selain gelaran utama, peserta juga akan merebut gelaran sampingan iaitu Ratu Kegemaran dan Ratu Bakat serta Pakaian Terbaik.

Ratu Cantik Tasik Biru 2018 akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta mahkota, selempang, trofi dan sejambak bunga.

Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM800 dan RM600 berserta mahkota, selempang, trofi dan sejambak bunga dan hadiah sagu hati RM300 bagi setiap peserta yang lain.

Pemenang bagi gelaran Ratu Kegemaran pula akan menerima hadiah wang tunai RM200 berserta mahkota, selempang, trofi dan sejambak bunga, manakala pemenang Ratu Bakat akan menerima hadiah wang tunai RM150 juga berserta mahkota, selempang, trofi dan sejambak bunga.

Manakala peserta dengan Pakaian Terbaik yang bertemakan ala 1960-an akan menerima hadiah wang tunai RM150 berserta mahkota, selempang, trofi dan sejambak bunga.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Wanita Daerah Bau Ator Nadeng berkata, pertanding­an itu merupakan salah satu daripada acara tumpuan sempena Pesta Tasik Biru yang berlangsun­g selama tiga hari bermula semalam hingga Ahad ini.

Selain penampilan pada pertanding­an akhir malam ini, finalis pertanding­an Ratu Cantik Tasik Biru turut dibawa mengikuti aktiviti kemasyarak­atan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cahaya Kasih di Kampung Serasot, Bau.

Pada lawatan itu, para peserta melakukan aktiviti memasak makanan tradisiona­l masyarakat Bidayuh dan menanam bunga serta membuat pertunjuka­n bakat di hadapan ahli-ahli PDK dan ahli-ahli Pertubuhan Wanita Daerah Bau.

 ??  ?? BARISAN JELITAWAN: (Dari kiri) Gloria, Lydia, Velerie, Oasis dan Ervina
BARISAN JELITAWAN: (Dari kiri) Gloria, Lydia, Velerie, Oasis dan Ervina
 ??  ?? HELEN
HELEN
 ??  ?? SHANNON
SHANNON
 ??  ?? PRISCILLYA
PRISCILLYA
 ??  ?? STEPHANIE
STEPHANIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia