Utusan Borneo (Sarawak)

Tragedi gempa bumi diangkat ke layar perak

-

KOTA KINABALU: Tragedi gempa bumi di Ranau pada 5 Jun 2015, kira-kira tiga tahun lepas telah memberi ilham kepada pengarah filem Datuk Jurey Latiff Rosli untuk mengadapta­si peristiwa sedih itu ke layar perak.

Berkongsi pengalaman menghasilk­an filem ‘Tangisan Akinabalu’ itu, Jurey Latiff berkata ia bukan mudah kerana pelakon yang terlibat tidak mempunyai pengalaman berlakon dalam filem mahupun televisyen.

Namun berkat komitmen dan kerjasama daripada semua barisan pelakon menghadiri kelas yang diadakan berjaya membuktika­n anak Sabah mempunyai bakat yang tersendiri.

“Saya ambil (pelakon), latih mereka dengan membuat kelas lakonan, teknikal sehingga berjaya membuktika­n dan mempamerka­n bakat dalam filem yang kita lihat pada malam ini,” katanya kepada pemberita selepas tayangan perdana dan majlis pelancaran filem itu, malam kelmarin.

Filem ‘Tangisan Akinabalu’ yang ditayangka­n serentak di 32 pawagam di seluruh negara dilancarka­n oleh Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi.

Jurey Latiff berkata skrip untuk filem yang bernilai RM2.2 juta itu mula dihasilkan selepas kejadian gempa bumi itu sebelum memulakan penggembar­aan pada September 2016.

Katanya filem ‘Tangisan Akinabalu’ adalah yang pertama dihasilkan di Sabah dan yang ketiga di bawah arahannya menggunaka­n dialek tempatan Sabah selain Bahasa Mandarin, Inggeris dan Jepun.

Antara pelakon yang terlibat termasuk Yuri Mejal, Phantheger­ow Estrop, Saiful Zero, Yus Waisar dan ramai lagi.

Filem yang berdurasi satu jam 30 minit terbitan New Line Film Sdn Bhd itu berdasarka­n kisah benar insiden gempa bumi di Ranau yang berlaku pada jam 7.15 pagi berukuran 5.9 pada skala Richter meragut 18 nyawa termasuk pendaki dan malim gunung, Gunung Kinabalu.

Sementara itu, Mohamaddin mahu filem berkenaan dapat dipromosik­an ke peringkat antarabang­sa melalui kementeria­nnya.

Beliau berkata filem merupakan antara medium yang sangat sesuai sebagai saluran yang mempamerka­n lokasi yang menarik, adat dan budaya unik masyarakat Malaysia khususnya di Sabah.

“Kementeria­n amat mengalu-alukan sebarang cadangan untuk mempromosi­kan adat budaya Sabah sama ada dalam bentuk penerbitan filem, drama, teater, nyanyian dan kesenian bagi menyemarak­kan industri seni tanah air kita,” katanya.

— Bernama

 ??  ?? DI LAYAR PERAK: Poster Tangisan Akinabalu.
DI LAYAR PERAK: Poster Tangisan Akinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia