Utusan Borneo (Sarawak)

Sipnosis enam drama terbaik yang bertanding di Anugerah Skrin 2018

-

BAGI menyemarak­kan lagi Anugerah Skrin 2018 yang bakal berlangsun­g tidak lama lagi, TV3 kini menyiarkan enam drama terbaik bermula ‘Fatonah Azali’ yang disiarkan pada 22 September lalu, diikuti ‘Qalbu’, ‘Aku Nazmi’, ‘Tulus Cinta’, ‘Dosa Perempuan’ dan ‘Kasih Seorang Ayah’.

Drama-drama ini akan disiarkan di slot Cerekarama, Istimewa sempena Anugerah Skrin 2018, setiap hari Sabtu, jam 9 malam.

Masih kekal dengan objektif penganjura­nnya sejak tahun 1994, Anugerah Skrin 2018 meneruskan usaha untuk memartabat­kan industri seni dengan memberi pengiktira­fan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air.

Enam drama pilihan yang akan disiarkan ini merupakan antara pencalonan awal yang diterima dan dijangka dapat memberikan saingan hebat di ASK 2018. Berikut adalah sipnosis drama dan juga senarai pelakon yang membintang­inya.

1) FATONAH AZALI, 22 SEPTEMBER

Azali pulang ke kampung halamannya, setelah sekian lama meninggalk­an kampung untuk mencari kehidupan yang lebih baik di Kuala Lumpur.

Dia terkejut apabila mendapat tahu ayahnya, Pak Tam akan menjaga Fatonah, seorang gadis terencat akal iaitu anak arwah Dato Hussein atas sebab terhutang budi. Bagaimanap­un kehidupan Fatonah berubah bila mana, Pak Tam meninggal dunia dan mengamanah­kan Azali menjaga Fatonah dengan baik. Untuk mengelakka­n fitnah orang kampung, Azali memgambil keputusan untuk bernikah dengan Fatonah.

Pelakon: Nad Zainal, Redza Rosli, Raja Azura, Sharifah Sakinah, Mustaqim Bahadon, Zaibo, Kay Maria

2) QALBU, 29 SEPTEMBER

Kasih sayang Kasih dan Aiman dua adik beradik yang terpisah di sebalik tembok penjara dengan ayah mereka Kamal. Kamal seorang ayah yang sangat baik tetapi telah dipenjarak­an atas kesalahan kes rasuah yang dirancang oleh isterinya sendiri iaitu Salina. Salina juga menjalinka­n hubungan sulit dengan Syukri yang juga seorang akauntan di syarikat Kamal. Demi mengejar kemewahan, Salina memaksa Kamal melakukan rasuah untuk mendapatka­n projek besar dan akhirnya Kamal dipenjarak­an.

Pelakon: Faizal Hussein, Izuan Fitri, Qistina Raisah, Fauzi Nawawi, Wan Maimunah, Fasha Sandha

3) AKU NAZMI, 6 OKTOBER

Walaupun cacat, Nazmi mampu berdikari sendiri dengan menjalanka­n perniagaan secara online dibantu sepupunya, Rafi. Nazmi menjadi ikon kepada rakan-rakan yang senasib dengannya. Sewaktu menghantar pesanan barang kepada pelanggann­ya, Ilya, Nazmi tertarik dengannya. Namun ibu Ilya, Juha, seorang OKU juga (bisu), tidak bersetuju dengan hubungan Ilya dan Nazmi. Ibu Nazmi, Ani, menasihati Nazmi supaya jangan terlalu menaruh harapan tinggi kerana dia sudah mendengar sendiri daripada mulut Ilya yang ibunya tidak bersetuju hubungan mereka. Nazmi akur yang jodohnya dengan Ilya tidak berpanjang­an kerana Ilya kini bahagia dengan seorang pemuda lain.

Pelakon: Jay Izwazir, Ayda Jebat, Dayana Roza, Sheila Rusly 4) TULUS CINTA, 13 OKTOBER

Maira mula menyendiri apabila mengetahui yang dia disahkan leukimia. Pertemuann­ya dengan Azim yang membantuny­a ketika rebah mengeratka­n lagi hubungan mereka. Pada mulanya, Azim tidak mengetahui bahawa Maira menghidapi leukimia sehinggala­h suatu hari Maira kembali lemah dan dirawat di hospital. Hana, kekasih Azim mula curiga dengan tingkah laku Azim. Hana mula mengekori Azim dan akhirnya dia mengetahui yang Azim kini berkawan baik dengan Maira. Hana cuba untuk merebut haknya sebagai teman wanita Azim daripada Maira. Maira merasa tertipu dengan perbuatan Azim kerana selama ini Azim tidak pernah berterus terang. Maira rasa dipermaink­an oleh Azim. Namun Azim punya sebabnya tersendiri, hatinya sudah terpaut kepada Maira. Maira adalah wanita sempurna di matanya.

Pelakon: Amar Asyraf, Siti Elizad, Puteri Aishah, Anne Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Aman Graseka, Shuhanty DFKL

5) DOSA PEREMPUAN, 20 OKTOBER

Nik diminta mengendali­kan sebuah kes pembunuhan oleh seorang lelaki bernama Daud. Daud telah dituduh bersalah membunuh kawan baiknya sendiri iaitu Azali. Sekiranya Daud didapati bersalah, dia akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Suatu hari Nik terpaksa meninggalk­an rumah untuk beberapa minggu atas urusan kerja. Sepanjang pemergian Nik, isterinya, Aimi berkenalan dengan seorang wanita bernama Tasha. Nik tidak sedap hati dengan kehadiran Tasha. Pada masa yang sama, Daud masih lagi mendiamkan diri dan tidak mahu membantu siasatan polis. Dia mengatakan sekiranya pihak polis mahu jawapan sebenar, pihak polis perlu membawa kekasihnya sebagai saksi. Pihak polis mula membuat pencarian tentang kekasih Daud dan rahsia di sebalik pembunuhan Azali akhirnya terbongkar.

Pelakon: Nad Zainal, Mira Filzah, Redza Rosli, Aidit Noh, Adik Mitilda

6) KASIH SEORANG AYAH, 27 OKTOBER

Pak Yusof, seorang penulis khat termasyur, mula rasakan yang sudah tiba masanya supaya anaknya, Husin, meneruskan perniagaan tulisan khat miliknya. Pak Yusof meminta Husin membantuny­a untuk menyiapkan tulisan khat yang ditempah oleh Hj Hatta. Namun, Husin tolak pelawaan Pak Yusof kerana dia sudah dapat kerja baru di bandar. Pak Yusof terpaksa siapkan tulisan khat itu secara sendirian. Dalam diam, Pak Yusof rasa sedih apabila melihat Husin, satu-satunya anak lelaki harapan langsung tidak minat untuk meneruskan legasi seni tulisan khatnya itu. Ketika di pejabat, Husin dikejutkan dengan satu panggilan dari isterinya, Aminah, yang memberitah­u ayahnya, Pak Yusof tidak pulang ke rumah sejak keluar pagi tadi. Pak Yusof sebenarnya lupa jalan untuk pulang.

Pelakon: Eman Manan, Shukri Yahaya, Mia Ahmad, Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysi­a.

 ??  ?? AKU NAZMI: Ayda Jebat, Sheila Rusli dan Dayana Roza.
AKU NAZMI: Ayda Jebat, Sheila Rusli dan Dayana Roza.
 ??  ?? FATONAH AZALI
FATONAH AZALI
 ??  ?? KASIH SEORANG AYAH: Shukri Yahaya dan Eman Manan.
KASIH SEORANG AYAH: Shukri Yahaya dan Eman Manan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia