Utusan Borneo (Sarawak)

Belanda gagalkan ‘serangan pengganas utama’ Susulan penangkapa­n tujuh disyaki rancang serang acara awam dengan tali pinggang bahan letupan, raifal AK-47

-

THE HAGUE: Polis Belanda telah menahan tujuh lelaki kelmarin kerana disyaki merancang untuk melakukan “serangan pengganas utama” ketika satu acara awam dengan menggunaka­n tali pinggang bahan letupan dan selaras raifal serangan AK- 47, menurut pejabat pendakwa raya umum.

“Pihak polis telah menahan tujuh lelaki kelmarin... disyaki sebagai berada pada peringkat sangat terkini dalam persediaan untuk serangan pengganas utama di Belanda,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa salah seorang suspek ingin membunuh “ramai mangsa”.

Pihak pendakwa raya dan penyiasat telah “diyakini bahawa satu serangan pengganas telah dihalang” hasil daripada tangkapan di beberapa bandar seperti Arnhem dan Weert yang diikuti dengan operasi polis selama beberapa bulan.

Pihak berkuasa telah meletakkan sekumpulan orang di bawah pengawasan, seorang figura utama sebagai seorang lelaki berusia 34 tahun berasal dari Iraq yang disabitkan pada 2017 untuk cubaan pergi ke wilayah yang dikawal oleh kumpulan pejuang jihad Negara Islam (IS), tambah kenyataan tersebut.

Mereka yang ditahan dalam pelbagai peringkat usia dari 21 hingga 34 tahun.

Suspek berasal dari Arnhem, Rotterdam dan beberapa kampung berhampira­n dengan dua bandar tersebut. Dua lagi dalam kumpulan turut disabitkan berkaitan dengan cubaan untuk pergi ke Iraq atau Syria.

“Salah seorang lelaki dari Arnhem mahu melakukan serangan dengan sebuah kumpulan ketika satu acara besar di Belanda dan membunuh ramai mangsa, menu- rut Perkhidmat­an Perisikan Belanda ( AIVD),” jelas pejabat pendakwa raya.

Sasaran bagi serangan yang dirancangk­an adalah masih belum dikenal pasti oleh pihak polis.

Suspek telah dijangka hadir di mahkamah di Rotterdam semalam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia