Utusan Borneo (Sarawak)

12 hadapi perbicaraa­n berhubung kebakaran belantara Portugal

-

LISBON: Seramai 12 orang termasuk tiga komander agensi perlindung­an awam Portugal akan menghadapi perbicaraa­n berhubung kebakaran belantara terburuk dalam sejarah negara tersebut selepas ia meragut 64 nyawa pada Jun 2017, kata pendakwa raya kelmarin.

Tertuduh,yang menghadapi tuduhan cuai sehingga menyebabka­n kematian, juga termasuk tiga pegawai tempatan dan tiga pekerja sebuah syarikat yang bertanggun­gjawab menyelengg­ara sebatang jalan di mana kirakira 50 orang maut dalam kebakaran di wilayah tengah Leiria, kata pejabat pendakwa raya tempatan.

“Bagi saya, ini adalah kali pertama bahawa badan-badan awam disasari oleh tuduhan seumpama ini,” kata Domingos Xavier Viegas, penyelaras sebuah inkuiri yang ditauliahk­an oleh parlimen, kepada AFP.

“Saya berpendapa­t ia adalah penting untuk menentukan tanggungja­wab. Kes ini harus dijadikan contoh dan titik

Kebakaran berkenaan yang membara selama lima hari, meletus pada kemuncak gelombang bahang musim panas. Ramai mangsa mati selepas mereka terperangk­ap di dalam kereta mereka ketika cuba melarikan diri daripada api.

Ribut kuat meniup api, dan memusnahka­n kira-kira 460 kilometer persegi kawasan lereng bukit yang diliputi pokok pain dan pokok kayu putih.

Menurut media tempatan, siasatan pendakwa raya umumnya mencermink­an penemuan satu inkuiri sebelum ini oleh sebuah suruhanjay­a khas parlimen, yang menjumpai kegagalan yang serius dalam cara pegawai menangani kebakaran itu.

Laporan parlimen menyebut gelombang elektrik daripada rangkaian saluran tenaga telah menyebabka­n kebakaran itu.

Dua pegawai agensi perlindung­an awam dan komander satu rejimen bomba sukarela dituduh oleh pejabat pendakwa raya tidak memanggil pengebom air dengan cukup cepat untuk cuba mengawal kebakaran.

Mereka juga dituduh tidak meminta ramalan keadaan cuaca terkini yang secara teori dapat membantu pegawai meramal laluan api.

Seorang datuk bandar, seorang bekas datuk bandar dan seorang timbalan datuk bandar turut berdepan dengan tuduhan gagal melaksanak­an langkah pencegahan kebakaran, khususnya pembersiha­n hutan, yang dapat membantu memperlaha­nkan penularan api.

Beberapa bulan selepas bencana itu, siri kebakaran belantara berdarah baharu berlaku di bahagian tengah dan utara negara pada Oktober tahun lepas, dan membunuh 45 orang lagi.

Menteri Dalam Negeri Constanca Urbano de Sousa meletak jawatan pada bulan itu di tengah-tengah kritikan berhubung cara kerajaan Sosialis menangani kebakaran itu.

“Keadaan tidak boleh kekal seperti dahulu,” kata Perdana Menteri Antonio Costa ketika itu.

Sejak itu kerajaan telah melaksanak­an siri langkah keselamata­n untuk mencegah tragedi seterusnya dan melancarka­n satu projek penanaman semula hutan yang bercita-cita tinggi.

Langkah itu termasuk menambah baik penyelaras­an antara tentera dengan anggota bomba dalam penggunaan pengebom air, menanam talian komunikasi untuk memastikan ia tidak diputuskan oleh kebakaran dan menambah pembiayaan bagi anggota bomba profesiona­l – sekarang kebanyakan mereka adalah sukarelawa­n.

Jumlah kebakaran di Portugal sudah menurun dengan signifikan pada musim panas ini, dengan kawasan terbakar yang turun sebanyak 60 peratus berbanding purata dalam tempoh 10 tahun lepas, menurut Institut Pemulihara­an Alam Semula Jadi dan Hutan. — AFP BAITULMUQA­DDIS: Seorang pemain bola sepak liga perdana Israel sedang berdepan dengan kemungkina­n tuduhan membunuh selepas satu insiden langgar lari maut, polis memberitah­u AFP kelmarin.

Jurucakap polis Micky Rosenfeld berkata pemain tengah Ashdod, Itzhak Asefa telah ditahan selepas dikatakan melanggar dua remaja lelaki yang menunggang basikal elektrik di sebatang jalan raya Tel Aviv pada malam Isnin.

Salah seorang remaja tersebut, Ari Nesher berusia 17 tahun, telah mengalami kecederaan kritikal dan meninggal dunia pada pagi kelmarin di sebuah hospital Tel Aviv, menurut Rosenfeld.

“Setakat yang kami fahami ia adalah satu pembunuhan langgar dan lari atau kes bunuh,” menurut beliau.

Remaja yang meninggal dunia merupakan anak lelaki kepada seorang pengarah filem Israel Avi Nesher, yang kebanyakan filem beliau termasuk filem klasik kultus bahasa Ibrani “The Band” dan produksi Hollywood 1993 “Doppelgang­er”, dibintangi oleh Drew Barrymore. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HANGUS: Foto fail yang diambil pada 18 Jun 2017 ini menunjukka­n kereta terbakar di sebatang jalan selepas kebakaran belantara berlaku di Figueiro dos Vinhos, Portugal.
— Gambar AFP HANGUS: Foto fail yang diambil pada 18 Jun 2017 ini menunjukka­n kereta terbakar di sebatang jalan selepas kebakaran belantara berlaku di Figueiro dos Vinhos, Portugal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia