Utusan Borneo (Sarawak)

Kanada lucut kerakyatan kehormat Suu Kyi Akibat keengganan pemenang anugerah Nobel Myanmar itu kecam genosid penduduk Islam Rohingya

-

OTTAWA: Parlimen Kanada mengundi sebulat suara kelmarin untuk secara efektifnya melucutkan pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi daripada kerakyatan kehormat Kanada akibat krisis Rohingya.

Ottawa memberikan penyokong demokrasi yang lama ditahan dan pemenang anugerah Nobel penghormat­an yang jarang diberikan itu pada 2007.

Namun reputasi antarabang­sa beliau tercemar akibat keengganan beliau untuk menentang kekejaman oleh pihak tentera di negaranya terhadap penduduk minoriti Islam Rohingya, yang diumumkan oleh Ottawa pada minggu lepas sebagai satu genosid.

“Pada 2007, Dewan Rakyat memberikan kepada Aung San Suu Kyi status sebagai rakyat kehormat Kanada. Pada hari ini, Dewan tersebut sebulat suara mengemukak­an satu cadangan untuk menarik balik status tersebut,” kata Adam Austen, jurucakap bagi Menteri Luar Negara Chrystia Freeland.

Satu kempen kejam ketenteraa­n yang bermula pada tahun lepas telah menyebabka­n lebih 700,000 penduduk Islam Rohingya lari dari Myanmar ke negara jiran Bangladesh, di mana mereka sekarang tinggal di dalam kem pelarian yang sesak – berasa takut untuk pulang ke Myanmar yang mempunyai majoriti penduduk Buddha di sebalik satu arahan bagi penghantar­an pulang.

Ramai yang memberikan keterangan mengenai pembunuhan tanpa kehakiman, keganasan seksual dan pembakaran secara sengaja.

Pihak tentera telah menafikan hampir semua salah laku, menegaskan tindakan mereka adalah satu cara yang sah untuk menghapusk­an militan Rohingya.

Namun selepas satu misi pencarian fakta, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menubuhkan sebuah panel bagi menyediaka­n pertuduhan terhadap ketua tentera Myanmar dan lima komander tertinggi tentera bagi jenayah terhadap kemanusiaa­n.

Kerajaan Suu Kyi yang dilantik secara demokratik masih dalam keseimbang­an kuasa yang goyah dengan pihak jeneral, yang kehadiran mereka di parlimen memberikan mereka satu kuasa veto yang efektif terhadap perubahan perlembaga­an.

Austen memetik “keengganan Suu Kyi untuk mengecam genosid Rohingya” bagi penarikan balik penghormat­an Kanada, yang merupakan simbolik dan datang tanpa kepentinga­n istimewa.

“Kami ingin terus menyokong orang Rohingya dengan memberikan bantuan kemanusiaa­n, melaksanak­an sekatan terhadap pihak jeneral Myanmar serta menuntut supaya mereka yang bertanggun­gjawab dihadapkan di depan sebuah badan antarabang­sa yang kompeten,” tegas beliau.

Kerakyatan kehormat Kanada hanya diberikan kepada lima orang termasuk Dalai Lama, penyokong pendidikan untuk perempuan Malala Yousafzai dan Nelson Mandela. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PERTEMUAN MESRA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau (kanan) berjumpa dengan Suu Kyi di pejabat Trudeau di Parliament Hill di Ottawa, Ontario, Kanada, pada 7 Jun 2017.
— Gambar Reuters PERTEMUAN MESRA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau (kanan) berjumpa dengan Suu Kyi di pejabat Trudeau di Parliament Hill di Ottawa, Ontario, Kanada, pada 7 Jun 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia