Utusan Borneo (Sarawak)

Komputer Apple-1 dijual AS$375,000 di lelongan

-

BAMAKO: Dua puluh tujuh terbunuh dalam pertempura­n antara anggota puak Tuareg yang sama di bahagian timur laut bermasalah di Mali pada awal minggu ini, kata kementeria­n keselamata­n di negara Afrika Barat ini kelmarin.

Laporan awal menyatakan 12 orang terkorban dalam keganasan pada Selasa lepas, yang berlaku di sebuah wilayah berhampira­n sempadan Niger yang terjejas akibat ketegangan kronik antara puak tempatan dan militan jihad.

“Pertempura­n berlaku di kawasan Inekar, 45 kilometer di barat pekan Menaka, antara anggota komuniti Idourfane,” satu puak Tuareg, menurut pihak kementeria­n dalam satu kenyataan.

“Kejadian malang ini telah meragut nyawa 27 orang, dan mencederak­an seorang.”

Pasukan tentera dibantu oleh polis telah diarahkan ke wilayah untuk menstabilk­an situasi dan “menyiasat motif bagi serangan kejam sebegini dalam sebuah komuniti sahaja.”

Seorang pegawai tempatan pada mulanya menyatakan bahawa “lelaki bersenjata yang menunggang motosikal telah membunuh sekurangku­rangnya 12 orang awam,” memetik seorang penduduk di pekan yang mengaku telah melihat mayat.

Pegawai tersebut, yang meminta namanya tidak dinyatakan, menambah bahawa “buat masa sekarang kami tidak mengetahui sebenarnya siapa yang telah melakukann­ya. Saya tidak mengetahui sekiranya ia adalah akibat pergaduhan antara puak atau satu tindakan pengganas”.

Kira-kira 200, ramai daripada mereka adalah orang awam daripada puak Fulani dan Tuareg, terkorban di kawasan itu pada tahun ini.

Ia merupakan satu minggu yang sangat teruk untuk Mali, salah sebuah negara paling miskin di Afrika, selepas tujuh anggota tentera dan seorang pemandu awam dibunuh di tengah negara pada Rabu lepas ketika kenderaan mereka melanggar bahan letupan.

Keganasan di Mali berpunca daripada kebangkita­n pemisah Tuareg pada 2012 yang telah dieksplota­si oleh pejuang jihad dalam langkah untuk mengambil alih beberapa bandar utama di utara.

Pihak ekstremis telah kebanyakan­nya dihalau keluar dalam operasi tentera diketuai oleh Perancis yang dilancarka­n pada Januari 2013.

Namun di sebalik perjanjian damai pada 2015 antara kerajaan dan pemberonta­k Tuareg, beberapa kawasan besar di negara ini masih lagi di luar kawalan tentera Mali, Perancis dan PBB, yang sering menjadi sasaran serangan. — AFP SAN FRANCISCO: Apple-1, model komputer pertama yang amat jarang sekali ditemui keluaran syarikat teknologi yang kini ikonik itu, telah dijual dengan harga AS$375,000 di satu lelongan pada minggu ini, menurut RR Auction yang berpangkal­an di Boston.

Komputer tersebut antara 175 komputer yang dijual oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak selepas mengeluark­annya di sebuah garaj di Silicon Valley pada zaman awal Apple pada 1976 dan 1977.

Model itu pada asalnya dijual dengan harga AS$666.66 apabila ia dijual oleh kedai komputer Byte Shop di Mountain View, California pada zaman 1970-an.

Jobs dan Wozniak pada mulanya mereka komputer Apple-1 sebagai papan litar yang tidak diliputi apa-apa untuk dijual sebagai perkakasan dan dilengkapk­an oleh peminat hobi elektronik, tetapi pemilik Byte Shop, Paul Terrell, bersetuju untuk membeli 50 buah jika ia dipasang sepenuhnya dan tidak perlu dipateri oleh pembeli.

Menurut RR, komputer itu yang dijual pada minggu ini dipulihkan kepada keadaan fungsi asal pada Jun lalu dan merangkumi papan induk asal Apple-1, antara muka kaset, kekunci dan peralatan lain.

Bagaimanap­un harga jualan itu ternyata rendah berbanding rekod sebelum ini: sebuah lagi komputer Apple-1 dijual dengan harga AS$ 905,000 pada 2014. — AFP OTTAWA: Mahkamah persekutua­n Kanada telah menolak kelmarin untuk meneliti semula satu keputusan bagi menarik balik kerakyatan terhadap seorang pendatang Ukraine kerana mempunyai hubungan dengan sebuah skuad pembunuhan Nazi semasa Perang Dunia Kedua.

Dalam satu kenyataan, mahkamah menyatakan penemuan pihak kerajaan bahawa Helmut Oberlander telah berbohong mengenai aktiviti ketika perangnya semasa dia tiba di Kanada pada 1954 sebagai “berjustifi­kasi,” membuka pintu untuk pengusiran­nya.

Bagaimanap­un, dia mungkin boleh merayu terhadap keputusan terbaharu ini dalam satu perbalahan perundanga­n yang lama.

“Kanada seharusnya tidak pernah menjadi sebuah tempat perlindung­an selamat bagi penjenayah perang dan orang yang melakukan jenayah terhadap kemanusiaa­n, dan kami berasa puas hati dengan keputusan mahkamah,” kata Menteri Imigresen Ahmed Hussein.

Oberlander telah dilucutkan kerakyatan­nya sebanyak empat kali sejak 23 tahun lepas kerana tersilap menerangka­n tentang masa lepasnya.

Ketika dia mendarat di Kanada, Oberlander tidak menyebut tentang keahlianny­a dalam Einsatzkom­mando, sebuah skuad pembunuh Nazi yang secara sistematik­nya membunuh ribuan orang di bekas Kesatuan Soviet selepas penaklukan Jerman.

Namun setiap satu daripada cubaan sebelum ini oleh kerajaan untuk menarik balik kerakyatan­nya telah ditarik balik dalam rayuan, berdasarka­n kepada dakwaan bahawa dia menyertai Nazi di bawah paksaan.

Oberlander, yang menjadi rakyat Kanada pada 1960, secara konsisten menyatakan bahawa dia telah dipaksa untuk menyertai unit itu kerana dia boleh berbahasa Rusia dan Jerman, dan bahawa dia hanya bertindak sebagai seorang penterjema­h.

Mahkamah persekutua­n dalam keputusann­ya mengekalka­n keputusan kerajaan bahawa Oberlander “secara sukarela melakukan satu sumbangan yang diketahui dan ketara terhadap jenayah dan tujuan jenayah untuk skuad pembunuh SS.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia