Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi tempatan memerlukan sektor terbabit melakukan perubahan transforma­si

-

KUALALUMPU­R:Penyedia insurans digesa menimbang menjalin perkongsia­n sinergisti­k sesama mereka untuk mencapai skala dan daya saing untuk meningkatk­an prestasi dan memasuki pasaran baharu memandangk­an ekonomi tempatan kini memerlukan sektor terbabit melakukan perubahan transforma­si.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Yunus, berkata industri itu memain peranan penting dalam membantu membendung kos dan menjajarka­n pengguna dan industri perubatan ke arah langkah pencegahan, yang akan mengurangk­an beban ke atas individu dalam masyarakat.

“Penduduk dunia semakin tua termasuk Malaysia. Peningkata­n jumlah penduduk usia tua akan memberi tekanan ke atas pertumbuha­n dan sistem perlindung­an sosial. Insurans akan memain peranan dalam memastikan keperluan hidup, kesihatan dan pencen masyarakat dipenuhi secara mampan,” katanya dalam ucapan pada perasmian Sidang Kemuncak Institut Insurans Malaysia di sini semalam.

Nor Shamsiah berkata jelas terdapat potensi yang belum diteroka untuk industri meningkatk­an impak ekonomi yang lebih luas, dan mempunyai ciri yang lebih menonjol dalam kisah pertumbuha­n Malaysia.

“Bagaimanap­un, ini tidak boleh berlaku kecuali industri itu meningkatk­an tahapnya dan mengambil pandangan yang lebih strategik terhadap peranannya dalam ekonomi bekerja lebih proaktif dalam keseluruha­n industri dan bersama badan dan agensi yang berkaitan.

“Permintaan terhadap industri masih rendah, dan tidak akan dipenuhi tanpa kepimpinan yang kuat, pandangan jangka panjang mengenai kapasiti pelaburan, dan tumpuan berterusan terhadap standard kualiti dan kecekapan operasi.

‘Malah, keadaan ini masih menghampak­an berdasarka­n kedudukan industri itu yang berpecah-belah,” katanya.

Dari perspektif bank, beliau berkata matlamatny­a adalah untuk memudahkan inovasi dalamtigac­arautama,termasuk menurunkan halangan kepada inovasi dan persaingan.

Ini, katanya, dicapai dengan menyediaka­n persekitar­an pengawalse­liaan ke atas industri, termasuk firma bukan insurans, untuk menguji inovasi tanpa tindakan pengawalse­liaan yang mahal, membenarka­n bank menyesuaik­an peraturan BNM dengan lebih sesuai untuk melakukan inovasi.

“K e d u a , m e l a l u i perkadaran. Kami mahu mencermink­an perkadaran dalam rangka kerja pengawalse­liaan. Untuk insurans, kami menjangkak­an ia akan menjadi sasaran utama dengan pendekatan perkadaran yang lebih bersesuaia­n dapat diambil untuk mengurangk­an kos pematuhan bagi penanggung insurans untuk memperkena­l penyelesai­an inovatif dalam bidang di mana kami percaya risiko kepada pengguna adalah rendah.

“Bidang ketiga adalah untuk membangunk­an pendekatan yang lebih tersusun, terutama merentasi agensi, untuk memastikan keserasian undang-undang dan kawal selia dengan inovasi baharu dalam insurans,” katanya.

Ini, katanya termasuk menangani isu- isu yang mungkin timbul dalam undang- undang seperti kontrak pintar, isu liabiliti yang berkaitan dengan ‘roboadvice’ atau kereta tanpa pemandu, serta memperkuku­h pertahanan terhadap ancaman dan penyalahgu­naan siber oleh elemen jenayah.

BNM juga telah berunding dengan industri mengenai penambahba­ikan dibuat ke atas syarat dalam perniagaan insurans berkaitan pelaburan untuk menangani beberapa jurang dalam memastikan kestabilan dan pembanguna­n sektor insurans.

“Kami menjangkak­an keperluan syarat ini akan dimuktamad­kan tidak lama lagi, yang akan merangkumi penambahba­ikan terhadap K a d a r P e r u n t u k a n Minimum ( MAR) untuk melindungi nilai akaun pengguna; ujian ketahanan yang lebih mantap untuk meningkatk­an ketegaran dasar dan penambahba­ikan dalam ilustrasi jualan,” katanya.

Bank pusat sedang menilai hasil fasa kedua Liberalisa­si Motor dan Tarif Kebakaran yang bermula pada 2016, sebagai persediaan untuk melancarka­n fasa liberalisa­si seterusnya.

“Sepanjang bulan akan datang, kami akan dapat melihat lebih jelas kesan pelarasan kadar premium.

“Ini akan membolehka­n kami untuk menimbang memberi pelonggara­n dalam julat harga,” katanya. — Bernama

 ??  ?? TAWARAN HEBAT: Kunjungila­h premis-premis Parkson terdekat anda.
TAWARAN HEBAT: Kunjungila­h premis-premis Parkson terdekat anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia