Utusan Borneo (Sarawak)

PNB tumpu kepada transforma­si organisasi

-

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan memperkuku­h pencapaian­nya dan memastikan urus janji terdahulu, termasuk yang melibatkan syarikat pelaburan, merealisas­ikan objektif mereka, kata Pengerusi Kumpulan tersebut Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata PNB akan membenarka­n kuasa pasaran memacu sebarang usaha korporat yang melibatkan penggabung­an dan pemisahan.

“Akan ada tempoh pengukuhan. Sudah pasti, kita tidak akan mengecuali­kan sebarang penyatuan atau pemisahan yang didorong oleh pasaran, namun tidak dicetuskan oleh PNB.

“Jadi, kami bergantung kepada strategi dan teras syarikat untuk mengenal pasti perbanding­an manfaat yang akan mereka raih menerusi sebarang penggabung­an atau pemisahan, dan kami akan membiarkan ia dipacu proses pasaran,” katanya.

Zeti berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran dana harga pem- bolehubah baharu Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dan menamakan semula dana harga-tetap ASNB.

PNB mengekalka­n prestasi kewangan yang kukuh bagi lapan bulan pertama 2018 dengan pendapatan bersih meningkat 2.6 peratus kepada RM10.3 bilion bagi tahun ke tahun walaupun berdepan persekitar­an mencabar, manakala jumlah aset di bawah pengurusan meningkat 7.3 peratus tahun ke tahun kepada RM288.1 bilion.

Zeti berkata dana itu akan menjalanka­n transforma­si dalam organisasi dan mempelbaga­ikan pelaburan dana.

Zeti menegaskan mengenai perlunya pembaharua­n dalam organisasi untuk menggerakk­an dana itu ke hadapan bagi mencapai prestasi lebih baik.

“Sepanjang saya berkhidmat sebagai gabenor bank pusat, kami menjalanka­n transforma­si sebanyak tiga kali dalam organisasi. Kami sangat bercita- cita tinggi untuk menjadi peneraju perbankan pusat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia