Utusan Borneo (Sarawak)

Lynas harap kajian semula yang adil terhadap operasinya

-

KUALA LUMPUR: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Darell Leiking, kelmarin melawat Ibu Pejabat Proton dan diberikan pratonton eksklusif Proton X70 kenderaan utiliti sukan ( SUV) di litar ujiannya di Shah Alam, Selangor.

Pada lawatan itu, Darell juga diberikan taklimat berhubung SUV Proton itu sebelum memandu uji kenderaan berkenaan.

Darell adalah menteri kabinet pertama mendapat peluang memandu uji edisi terbaru inventori Proton itu.

Turut hadir pada lawatan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, Dr Li Chunrong danTimbala­n CEO, Datuk Radzaif Mohamed, selain beberapa pengurus kanan syarikat berkenaan.

Dalam kenyataann­ya semalam, beliau memuji kecanggiha­n SUV itu y a n g m e m a p a r k a n ciri interaktif moden termasuk pemantapan aspek keselamata­n seperti radar hadapan dan sisi, serta kawalan suara yang membantu kenderaan untuk bertindak melalui arahan suara pemandu.

Proton X70 membuat penampilan pertamanya pada pratonton eksklusif untuk media.

Ini diikuti dengan beberapa siri acara tontonan untuk pelanggan yang dianjurkan untuk menguar-uarkan SUV berkenaan yang dijalankan di tujuh bandar dari 19 September hingga 4 Nov.

Pelancaran rasmi X70 akan diadakan sebaik selesai sesi pratonton itu.

Maklum balas daripada orang awam sangat meyakinkan dan menerima kira- kira 5,000 tempahan dalam masa seminggu ia diperkenal­kan kepada orang awam. — Bernama KUALA LUMPUR: Lynas Corporatio­n Australia, yang mengoperas­ikan kilang pemprosesa­n nadir bumi di Gebeng, Kuantan, komited kepada Malaysia dan berharap kajian semula yang adil terhadap operasinya, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Amanda Lacaze.

Beliau berkata, Lynas mengakui hak mutlak kerajaan untuk mengkaji semula bagaimanap­un pihaknya mengharapk­an mana-mana penilaian terhadap operasi Lynas perlulah adil, saintifik dan mematuhi proses sewajarnya, menepati usaha terkini kerajaan baharu.

“Kami akan amat kecewa sekiranya semua itu tidak direalisas­ikan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n Lynas Malaysia Sdn Bhd, bagi mengulas laporan media tempatan mengenai cadangan pasukan penilaian tersebut.

Sebelum ini dilaporkan bahawa jawatankua­sa penila- ian Lynas telah ditubuhkan, dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah dilantik sebagai pengerusi selama tiga bulan berkuat kuasa 24 Sept.

Lacaze berkata, Lynas komited untuk meneruskan operasi kilang bahan berkelas dunia di Gebeng itu yang selamat bagi masyarakat tempatan.

Malah, pemantauan dan pelaporan bebas membuktika­n bahawa Lynas adalah selamat bagi penduduk tempatan, pekerja dan alam sekitar, katanya.

“Lynas telah mematuhi semua keperluan pengawalse­liaan berkaitan mengikut undang- undang Malaysia dalam melabur untuk pembinaan dan pengoperas­ian Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

“Menerusi Lynas, Malaysia menjadi pusat kecemerlan­gan utama nadir bumi di luar China, membekalka­n bahan penting kepada pengeluar automotif dan teknologi tinggi di seluruh dunia.

“Kami menunggu pemberitah­uan rasmi mengenai cadangan kajian semua itu dan akan bekerjasam­a dengan kerajaan Malaysia secara adil dan telus,” katanya.

Mengulas kenyataan yang dibuat mengenai syarikat itu dalam artikel media baru-baru ini, beliau menekankan bahawa keselamata­n masyarakat tempatan, pekerja dan alam sekitar merupakan keutamaan tertinggi dan ia dibuktikan dengan memastikan pematuhan terhadap syarat lesen dan piawaian antarabang­sa.

“Prestasi kami dalam mengoperas­ikan kilang pemprosesa­n kimia selamat dan berkelas dunia dibuktikan melalui pensijilan antarabang­sa termasuk piawaian ISO Kesihatan, Keselamata­n dan Alam Sekitar,” jelasnya.

Lacaze berkata, syarikat itu telah memperoleh kepercayaa­n masyarakat tempatan selepas enam tahun operasi yang selamat.

“Terdapat radioaktiv­iti pada paras rendah berlaku secara semula jadi dalam bahan yang kami proses dan kami dapat menguruska­n penggunaan dan penyimpana­nnya secara teliti untuk melindungi kesihatan dan kesejahter­aan warga kami dan masyarakat setempat,” katanya.

Sejak 2012, pengukuran radiasi telah dijalankan di tapak yang terletak satu, lima, 10 dan 20 kilometer dari kilang, yang menunjukka­n tiada perubahan dapat dilihat pada keseluruha­n bacaan radiasi latar belakang.

Lacaze berkata, Agensi Tenaga Atom Antarabang­sa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, organisasi bebas berasaskan saintifik, turut menyatakan bahawa operasi Lynas adalah “risiko rendah secara intrinsik”.

Menurut beliau, lesen pengoperas­ian LAMP secara konsisten menegaskan bahawa aturan keutamaan dalam menguruska­n sisa adalah pengkomers­ialan, atau jika pengkomers­ialan gagal, maka penstoran kekal, dan jika gagal, penyingkir­an dari Malaysia perlu dilaksanak­an.

Lacaze berkata, Lynas telah memberi sumbangan besar kepada rakyat dan ekonomi Kuantan dengan menyediaka­n tempat kerja yang selamat kepada 631 pekerja di LAMP, 97 peratus daripadany­a adalah rakyat Malaysia.

“Termasuk kontraktor dan pembekal utama, kami telah mewujudkan atau menyumbang kepada penawaran beribu pekerjaan di kawasan setempat.

“Kami memperuntu­kkan lebih RM500 juta di Malaysia setiap tahun, sebahagian besarnya untuk kawasan pantai timur,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia