Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka memilih untuk menaik taraf pusat kepada 3S dan 4S dalam usaha beri perkhidmat­an lebih baik kepada pelanggan

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Proton telah berjaya mencapai sasaran 97 peratus atau 105 pusat operasi yang dinaik taraf kepada 3S dan 4S sehingga 27 September ini.

Pengurus Besar Jualan dan Perancanga­n Rangkaian Proton Edar Sdn Bhd, Dr Ho Tuck Sum berkata, Proton menyasarka­n 109 pusat bertaraf 3S dan 4S menjelang hujung Oktober tahun ini.

“Saya pasti semua pengedar sedang sibuk mempergiat­kan usaha mereka untuk menaik taraf pusat operasi mereka.

“Ramai yang memilih untuk menaik taraf pusat kepada 3S dan 4S untuk memenuhi keperluan pelanggan.

“Ada juga yang memilih untuk menaik taraf daripada 1S atau 2S kepada 3S atau 4S untuk memberi perkhidmat­an yang lebih baik dan efektif kepada pelanggan,” jelasnya.

Ho berkata, inisiatif tersebut hakikatnya satu keputusan pelaburan yang betul dan mesti dilakukan kerana Proton bergerak ke hadapan dan penjenamaa­n semula.

“M e l i h a t k e p a d a pembanguna­n di sekitar Proton, dengan perancanga­n yang berterusan dan kerja berpasukan yang hebat, kami yakin Proton akan bangkit sekali lagi,” jelasnya.

Ho berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Perasmian Pusat 4S Ngu’s Brother Service Sdn Bhd di Jalan Bukit Lima, semalam.

Pusat 4S Ngu’s Brother Sdn Bhd menyediaka­n bilik pameran dan pusat servis terbesar di Sarawak.

Sementara itu, Pengarah Ngu’s Brother Service Sdn Bhd, Jeffrey Ngu Heng Hing berkata, Pusat 4S Ngu’s Brother Sdn Bhd menawarkan khidmat jualan, servis, alat ganti dan tuntutan insurans.

“Ini menjadikan pusat 4S Ngu’s Brother Sdn Bhd sebagai satu pusat sehenti yang menyediaka­n perkhidmat­an di bawah satu bumbung kepada para pelanggan Proton,” ujarnya.

Heng Hing berkata, bilik pameran pusat 4S Ngu’s Brother Sdn Bhd dibina dengan rekaan moden dan ruang yang luas.

“Kami menyediaka­n kemudahan fasiliti moden di pusat 4S Ngu’s Brother Sdn Bhd bagi memastikan kepuasan pelanggan tetap menjadi keutamaan kami,” jelasnya.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Pembanguna­n Rangkaian Proton Zhang Qiang, Pengarah Urusan Ngu’s Motor Service Sdn Bhd Dato Sri Peter Ngu Ung Yong dan Pengarah Eksekutif Datin Sri Esther Kong Siu Kiu.

 ??  ?? PILIHAN PENGGUNA: Zhang (tiga kiri) menyerahka­n replika kunci kepada seorang pelanggan Proton pada Majlis Perasmian Pusat 4S Ngu’s Brother Sdn Bhd. Turut kelihatan ialah Ho (dua kiri), Peter (tiga kanan), Esther (dua kanan) serta yang lain.
PILIHAN PENGGUNA: Zhang (tiga kiri) menyerahka­n replika kunci kepada seorang pelanggan Proton pada Majlis Perasmian Pusat 4S Ngu’s Brother Sdn Bhd. Turut kelihatan ialah Ho (dua kiri), Peter (tiga kanan), Esther (dua kanan) serta yang lain.
 ??  ?? RASMI: (Dari kiri) Jeffrey, Ho, Zhang, Peter dan Esther memotong reben perasmian Pusat 4S Ngu’s Brother Sdn Bhd di Jalan Bukit Lima.
RASMI: (Dari kiri) Jeffrey, Ho, Zhang, Peter dan Esther memotong reben perasmian Pusat 4S Ngu’s Brother Sdn Bhd di Jalan Bukit Lima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia