Utusan Borneo (Sarawak)

Rizab Malaysia boleh guna pada akhir Ogos 2018 lebih AS$104 bilion

-

KUCHING: Everrise S a m a r a h a n a k a n menganjurk­an ‘ Mamee Daebak Instant Noodle Road Show’ bermula hari ini, 29 dan 30 September ini.

Dengan setiap pembelian satu set daripada empat pek mi segera Mamee Daebak 159g di dalam satu resit dan akan diberi percuma sarung tangan Mamee percuma.

Beli dua set di dalam satu resit akan diberikan set alat makan ‘ stainless steel’ termasuk sebuah mangkuk, satu sudu dan sepasang penyepit.

Sampel makanan percuma turut disediakan sepanjang jerayawara itu. Untuk keterangan lanjut, sila ke Everrise Samarahan. KUALA LUMPUR: Rizab Malaysia pada akhir Ogos 2018 tetap boleh guna, dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$104.41 bilion, mengikut format Special Data Disseminat­ion Standard (IMF SDDS) Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF).

Dalam kenyataan, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata aset mata wang asing lain berjumlah AS$120.3 juta.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman dalam mata wang asing yang disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan diunjurkan sebanyak AS$241.0 juta.

“Jumlah kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$17,684.3 juta, mencermink­an pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran kewangan,” kata BNM.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluara­n pinjaman projek berjumlah AS$2,618.5 juta untuk tempoh 12 bulan akan datang.

BNM berkata satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$108.6 juta.

“Rizab antarabang­sa Malaysia tidak mempunyai pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabang­sa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia