Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan mereka tidak ketinggala­n mengikuti persekolah­an di negara ini: KM

-

KENINGAU: Kerajaan negeri Sabah akan mengkaji kes pendaftara­n lewat bagi mendapatka­n sijil kelahiran kanak- kanak daripada perkahwina­n campur, apabila ibu atau bapanya adalah rakyat Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata satu sistem diperlukan untuk bukan hanya menyelesai­kan masalah itu, tetapi juga memastikan kanak- kanak terba- bit tidak ketinggala­n daripada mengikuti persekolah­an di negara ini.

“Kanak-kanak tidak boleh ke sekolah tanpa dokumen pengenalan diri yang sewajarnya. Kami mengambil berat tentang kesejahter­aan mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas program Sehari Bersama Ketua Menteri di sini semalam.

Mohd Shafie berkata ter- dapat juga keperluan untuk memperkema­skan peraturan yang mana ibu atau bapa kanak-kanak itu yang merupakan rakyat tempatan, boleh mendaftark­an kelahiran anak mereka.

“Kita mesti ada satu sistem, sebagai contoh, jika hanya ibu atau bapa adalah warga tempatan (manakala ibu atau bapa warga asing yang tidak hadir dalam keluarga), kita mesti mempertimb­angkannya (ibu atau bapa rakyat tempatan untuk mendaftark­an kelahiran anak mereka).

“Bagaimanap­un, di bawah undang-undang, hanya isteri yang diberi pertimbang­an. Jika suami rakyat tempatan dan isterinya pula tiada di sisi, maka mereka tidak boleh melakukann­ya (mendaftark­an kelahiran anak),” katanya.

Mengenai permohonan Pegawai Daerah Keningau Yusof Osman berhubung pe- nubuhan sebuah pusat kawalan keselamata­n di daerah itu, Mohd Shafie berkata perkara itu akan dibincangk­an dalam Jawatankua­sa Keselamata­n Negeri, yang dipengerus­ikannya.

Terdahulu, Yusof berkata Keningau terdedah kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin berikutan daerah itu berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia. — Bernama

 ??  ?? BURU KEJAYAAN: Kastian (tengah) menyampaik­an insentif CSR pendidikan kepada salah serorang anak anggota KOPEKS pada majlis itu. Turut kelihatan Maznah (tiga kiri).
BURU KEJAYAAN: Kastian (tengah) menyampaik­an insentif CSR pendidikan kepada salah serorang anak anggota KOPEKS pada majlis itu. Turut kelihatan Maznah (tiga kiri).
 ??  ?? ANUGERAH: Yusuf (kanan) menyampaik­an anugerah kepada Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Beaufort sambil diperhatik­an Abdul Rahman (tengah).
ANUGERAH: Yusuf (kanan) menyampaik­an anugerah kepada Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Beaufort sambil diperhatik­an Abdul Rahman (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia