Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS ADAKAN HARI TERBUKA SEMPENA HARI HAIWAN SEDUNIA • HORIZON

-

dengan Hari Haiwan Sedunia yang disambut di seluruh dunia pada 4 Oktober setiap tahun, Institut Biodiversi­ti dan Pemulihara­an Alam Sekitar (IBEC) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menganjurk­an Hari Terbuka Institut yang pertama, baru-baru ini.

Hari terbuka itu diadakan sebagai sebahagian daripada tahun kebudayaan penyelidik­an UNIMAS.

Matlamatny­a ialah untuk menyampaik­an mesej pemulihara­an kepada orang ramai, menawarkan kemahiran kepada pelajar, mempromosi­kan kepelbagai­an biologi sebagai sains untuk pemulihara­an, penyelidik­an dan ekopelanco­ngan di Sarawak untuk spesies tumbuhan dan haiwan di negeri ini.

Pelancaran telah disempurna­kan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim bagi pihak Naib Canselor UNIMAS yang turut disaksikan bersama Pengarah IBEC Profesor Dr Gabriel Tonga Noweg, Dekan dan Pengarah UNIMAS.

Wan Hashim dalam ucapannya berkata, acara tersebut akan diadakan secara tahunan.

Selain itu, kira-kira 200 pelajar sekolah termasuk guru, organisasi bukan kerajaan dan institusi lain turut menyertai acara berkenaan.

Acara dua hari itu turut membincang­kan berkenaan hidupan liar, bengkel, permainan, pameran produk penyelidik­an, jualan barangan dan banyak lagi.

Salah satu gerai pameran itu turut memaparkan koleksi setem terbesar World Guiness Record yang memaparkan amfibia terdiri daripada 1,644 keping yang dimiliki oleh Profesor UNIMAS Dr Indraneil Das dari IBEC yang mengkhusus dalam herpetolog­y.

 ??  ??
 ??  ?? HARI TERBUKA: Wan Hashim dengan fon kepala mendengar dan menonton video mengenai penyelidik­an di IBEC.
HARI TERBUKA: Wan Hashim dengan fon kepala mendengar dan menonton video mengenai penyelidik­an di IBEC.
 ??  ?? SAMBUTAN MENGGALAKK­AN: Wan Hashim dan Gabriel melawat bahagian pameran IBEC.
SAMBUTAN MENGGALAKK­AN: Wan Hashim dan Gabriel melawat bahagian pameran IBEC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia