Utusan Borneo (Sarawak)

MAJUKAN EKOPELANCO­NGAN BUKIT SABAN

-

SPAOH: Bukit Saban berpotensi dimajukan sebagai kawasan ekopelanco­ngan baharu di negeri ini dengan adanya sumber alam semula jadi yang cantik dan terpelihar­a.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia selari dengan bentuk muka bumi yang asli dan menarik serta daya tarikan kehidupan masyarakat di rumah panjang.

“Selain itu, terdapat kawasan yang belum diterokai dan sangat sesuai dengan muka bumi yang berbukit-bukau menjadi kegemaran pengunjung yang meminati aktiviti lasak dan tenang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Ulu Paku MTB Jamboree 2018 bertemakan ‘Cycle Into Adventure’ di Rumah Francis Nyanggau di Penom, Paku, Spaoh yang berakhir semalam.

Hadir sama Datin Amar Doreen Mayang, ADUN Layar Gerald Rentap Jabu, Ahli Parlimen Betong Robert Lawson Chuat, Penasihat Penyelidik­an Sains Negeri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isteri Datin Sri Empiang Jabu, Residen Bahagian Betong Friday Belik dan Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal.

Sementara itu, Uggah berkata, kejayaan penganjura­n Karnival Berbasikal Layar (CCL) pada bulan lepas berlanjuta­n dengan aktiviti yang diadakan semalam.

“Apapun CCL lebih kepada penganjura­n d ikawasan jalan raya yang menguji kepantasan, namun edisi sulung Ulu Paku MTB Jamboree 2018 menagih kecekapan dan menguji ketangkasa­n mengendali basikal di kawasan laluan berbukit dan berliku.

“Menariknya laluan ini benar- benar mencabar pelumba kerana melalui kawasan yang belum diterokai dan sangat mencabar,” ujarnya.

Uggah turut menyifatka­n penganjura­n U lu Paku M T B Jamboree 2018 sebagai berjaya dengan disertai 67 peserta dari Semenanjun­g Malaysia, Australia, Sabah dan pelumba tempatan yang mewakili kelab masing-masing.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Uggah dan tetamu jemputan merakamkan kenangan bersama para pemenang Ulu Paku MTB Jamboree 2018, semalam.
UNTUK ALBUM: Uggah dan tetamu jemputan merakamkan kenangan bersama para pemenang Ulu Paku MTB Jamboree 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia