Utusan Borneo (Sarawak)

VENUE KEJOHANAN BERTARAF NEGERI

Limbang amat memerlukan kemudahan padang standard untuk anjur pertanding­an bola sepak

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Permohonan mendapatka­n kemudahan sebuah lagi padang bola sepak standard di sini terus diperjuang­kan memastikan kejohanan bertaraf negeri dapat dilaksanak­an di Limbang.

Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah berkata pada masa ini Limbang berdepan kekurangan kemudahan padang bola sepak untuk penganjura­n kejohanan bertaraf negeri.

Katanya, permohonan mendapatka­n kemudahan itu pernah disuarakan sebe- lum ini bagi memastikan prasarana sukan dapat dipertingk­atkan.

“Limbang masih memerlukan kemudahan padang bola sepak standard untuk dibina di sini.

“Sekiranya kemudahan itu dapat dibina baharulah Limbang boleh menjadi tuan rumah kejohanan sukan bertaraf negeri dan sebagainya,” katanya ditemui pada Pertanding­an Bola Sepak Piala Rebutan Ketua Masyarakat DUN Batu Danau di Kompleks Sukan Limbang petang kelmarin.

Sebanyak 12 pasukan dari konstituen­si Batu Danau menyertai kejohanan itu terdiri Kampung Tanjung Unggar, Lubuk Bidai, Tanjung

Darat, Limpasong/ Anak Tuno, Induk Sangkar, Buluh Balui, Pangkalan Jawa, Menuang, Pangkalan Gurah dan Ranggu.

Kejohanan anjuran SABERKAS Cawangan Batu Danau dan Ketua Masyarakat Batu Danau dihadiri oleh ADUN Batu Danau yang juga Pengerusi SABERKAS Batu Danau Paulus Palu Gumbang, P e g a w a i Daerah Limbang Superi Awang Said, Bendahari SABERKAS Batu Danau Penghulu Ekit Awang, pengerusi pengelola, Allison Epis dan tetamu lain.

Sementara itu, Paulus berkata kejohanan edisi kali ketiga itu diadakan untuk menarik lebih ramai belia di Batu Danau melibatkan diri dalam aktiviti sukan selain melahirkan lebih ramai bintang bola sepak pada masa akan datang.

Katanya, pihaknya bercadang menjadikan Kompleks Sukan Limbang sebagai venue tetap untuk kejohanan sama pada tahun depan.

Juara akan menerima wang tunai RM1,500, Piala Rebutan serta piala iringan dan pingat.

Manakala tempat kedua menerima wang tunai RM1,000, piala iringan dan pingat dan ketiga bersama menerima RM500, piala iringan dan pingat.

Pada kejohanan itu, Hasbi dan Paulus turut mempamerka­n aksi bermain bola sepak pada acara sampingan yang turut menarik tumpuan penonton.

“Limbang masih memerlukan kemudahan padang bola sepak sini. ” standard untuk dibina di Hasbi Habibollah Ahli Parlimen Limbang

 ??  ??
 ??  ?? ERATKAN PERSAHABAT­AN: ( Berdiri dari tujuh kanan) Paulus, Hasbi, Superi bersama ketua masyarakat Batu Danau dan kakitangan Pejabat Daerah Limbang sebelum memulakan perlawanan.
ERATKAN PERSAHABAT­AN: ( Berdiri dari tujuh kanan) Paulus, Hasbi, Superi bersama ketua masyarakat Batu Danau dan kakitangan Pejabat Daerah Limbang sebelum memulakan perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia