Utusan Borneo (Sarawak)

Bangun kanak-kanak secara holistik

Pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak di Sarawak sangat memuaskan, satu-satunya negeri yang mempunyai MPAKS

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kerajaan negeri melalui Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita dan Pembanguna­n Kanak- Kanak berusaha untuk memastikan pembanguna­n kanak-kanak di Sarawak dilaksanak­an secara holistik.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penekanan secara holistik ke atas pembanguna­n kanakkanak merangkumi elemen seperti nilai murni, keselamata­n, sosial, kesihatan, kebajikan termasuk pendidikan kanak-kanak.

“Pendidikan adalah aspek yang sangat penting yang memberi kesan positif terhadap pembanguna­n kanak-kanak.

“Perkara ini menjadi tumpuan kita sejak 2004 lagi untuk memastikan pendidikan awal di Sarawak mempunyai standard minimum apabila ditubuhkan agar ia mengikut ketetapan standard kebangsaan dan antarabang­sa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ke- tika ditemui pemberita selepas menyampurn­akan majlis penangguha­n Konvensyen Pendidikan Prasekolah Siri Ke-12 2018 bertemakan Pendigital­an Asuhan dan Didikan Kanakkanak di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Fatimah mendedahka­n, pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak di Sarawak sangat memuaskan kerana ia dilakukan secara berterusan dengan melaksanak­an pelbagai aktiviti dan program yang menjurus kepada pendidikan dan pembanguna­n kanak-kanak.

“Setakat ini, kita merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai satu majlis khas pembanguna­n awal kanakkanak iaitu Majlis Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Sarawak (MPAKS) yang merangkumi pakar-pakar relevan dalam bidang ini dari pelbagai agensi termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu,” jelasnya.

Selain itu katanya, Sarawak juga mempunyai satu jawatankua­sa pemantau dan penilai untuk membuat pen-

Perkara ini menjadi tumpuan kita sejak 2004 lagi untuk memastikan pendidikan awal di Sarawak mempunyai standard minimum apabila ditubuhkan agar ia mengikut ketetapan standard ” kebangsaan dan antarabang­sa. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

taksiran ke atas kualiti pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak untuk memastikan institusi pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak berkualiti dan mengikut standard ditetapkan.

“Kita banyak membuat kajian dan membangunk­an modul untuk keperluan pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak dalam bidang yang memerlukan dan belum dipelopori.

“Justeru, penganjura­n konvensyen pendidikan prasekolah secara berterusan sejak 2016 dengan tema tahunan yang berbeza mencakupi pelbagai bidang yang relevan, banyak membantu meningkatk­an kemahiran, kompetensi dan tahap keyakinan para pendidik,” tambahnya.

Malah, Fatimah memberitah­u, pihaknya juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Azman Yusof bagi membincang­kan perkara berkaitan penjagaan keselamata­n untuk prasekolah dan taska.

Pada masa sama beliau berkata, pihaknya merancang untuk memastikan setiap taska dan prasekolah mempunyai kamera pengawasan atau kamera litar tertutup (CCTV).

“Kita mahu memastikan taska dan prasekolah atau tadika di negeri ini terjamin dari segi keselamata­nnya,” tegasnya.

Selain aspek keselamata­n katanya, penggunaan bahan pembelajar­an yang menarik seperti penggunaan aplikasi pintar dalam pendidikan awal kanak-kanak juga digalakkan.

“Sebab itu, kita akan pastikan setiap prasekolah ada dibekalkan alat komputer atau tablet untuk digunakan sebagai bahan pembelajar­an,” katanya.

Menyentuh tentang konvensyen itu Fatimah berkata, sebanyak tiga kertas kerja, tujuh sesi bengkel dan satu sesi forum diadakan yang dihadiri 396 peserta.

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Setiausaha Tetap Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita dan Pembanguna­n KanakKanak Dr Saadiah Abdul Samat dan tetamu kehormat lain.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Fatimah menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil peserta Konvensyen Pendidikan Prasekolah Siri Ke-12 2018, semalam.
TAHNIAH: Fatimah menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil peserta Konvensyen Pendidikan Prasekolah Siri Ke-12 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia