Utusan Borneo (Sarawak)

BELAJAR DARIPADA KANADA

Sarawak akan contohi pengurusan, tadbir urus sumber air Kanada khasnya Ontario: KM

-

KUCHING: Sarawak akan menggunaka­n Kanada sebagai model dalam pengurusan dan tadbir urus empangan hidro serta penggunaan air memandangk­an negara itu mempunyai pengalaman yang kukuh serta panjang dalam bidang tersebut.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kanada juga akan menjadi rujukan berguna kepada Sarawak untuk menentukan pendiriann­ya mengenai isu-isu berkaitan hubungan negeri dan kerajaan persekutua­n khususnya perkara yang menyentuh autonomi negeri ini.

Beliau berkata demikian pada hari terakhir kunjungan sambil belajarnya bersama delegasi dari Sarawak ke Wilayah Ontario di Kanada.

Beliau dan delegasi tiba di Toronto pada Isnin lepas untuk lawatan kerja selama empat hari.

Kanada khasnya Ontario mempunyai pengalaman dan reputasi yang cukup lama menjana kuasa hidro dengan loji hidro pertama dibangunka­n di situ kira-kira 100 tahun lalu.

Loji-loji kuasa hidro menghasilk­an lebih 70,000 MV kuasa di Kanada, kedua terbesar di dunia selepas China.

Abang Johari berkata, semasa kunjungan itu delegasiny­a telah diberi pendedahan tentang cara-cara perawatan air menjadi komoditi berharga yang menjana pulangan ekonomi yang baik untuk negara itu, khasnya Ontario.

Katanya, beliau kagum dengan pelbagai undang-undang yang telah diperkenal­kan di wilayah tersebut bagi mengawal selia penggunaan air.

“Undang-undang air Ontario juga menunjukka­n gambaran jelas perkara di bawah bidang kuasa (kerajaan) persekutua­n dan wilayah di Kanada dalam mentadbir urus sistem badan air yang luas termasuk Great Lakes (tasik-tasik besar),” tambahnya.

Abang Johari berkata, Ontario juga mempunyai institusi khas untuk menjalanka­n kajian ke atas air iaitu institut air di University of Waterloo berdekatan Toronto yang merupakan salah satu lokasi lawatan sambil belajar Ketua Menteri dan delegasiny­a.

Beliau dan delegasi turut mengadakan lawatan ke Stesen Kuasa Hidro Sir Adam Beck berhampira­n Niagara yang terkenal di dunia, Rabu lepas.

Ketika lawatan ke stesen kuasa itu, Abang Johari dan delegasi diberi taklimat mengenai pelbagai perkara antaranya pelan pengurusan air, pengurusan empangan dan risiko keselamata­n awam serta hubungan antara empangan dengan pertanian.

Menurutnya, Sarawak perlu belajar daripada Ontario dalam pelbagai aspek pengurusan air seperti dasar air, undangunda­ng air, penyelidik­an dan pembanguna­n badan air, penguatkua­saan alam sekitar dan pematuhan.

“Perkara-perkara yang dipelajari semasa kunjungan ini akan menjadi inputinput berguna dalam usaha Sarawak merumus dasar air dan pengurusan air untuk menjadikan sumber air negeri sebagai aset ekonomi berharga,” katanya.

Delegasi Ketua Menteri turut mengadakan lawatan kerja ke Taman Toronto Island dan diberi taklimat mengenai pembanguna­n taman berkenaan yang menjadi penjana pendapatan penting untuk Majlis Bandaraya Toronto.

Delegasi Ketua Menteri terdiri daripada Menteri Utiliti Dato Sri Stephen Rundi Utom, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Turut sama Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pertadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh, Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi serta pegawai-pegawai kanan pelbagai agensi berkaitan.

 ??  ?? TUMPUAN: Abang Johari (empat kanan) bersama delegasi mendengar taklimat ketika mengadakan lawatan kerja ke Stesen Kuasa Hidro Sir Adam Beck di Ontario, Kanada.
TUMPUAN: Abang Johari (empat kanan) bersama delegasi mendengar taklimat ketika mengadakan lawatan kerja ke Stesen Kuasa Hidro Sir Adam Beck di Ontario, Kanada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia