Utusan Borneo (Sarawak)

DUA PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DALAM NAHAS BERASINGAN

-

KUCHING: Dua penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam dua kemalangan jaya raya berasingan masing-masing di Biawak, Lundu dan di simpang Kampung Semban, Padawan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu, insiden pertama berlaku sekitar jam 10 malam kelmarin di Kampung Biawak, Jalan Lundu-Biawak melibatkan dua motosikal masing-masing ditunggang­i dua adik-beradik.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang­i abang mangsa terlanggar bahagian belakang motosikal mangsa dan menyebabka­nnya terbabas ke sebelah kiri jalan (arah CIQ Biawak) dan kepala mangsa terhantuk ke atas batu di bahu jalan.

“Kedua-dua mereka kemudianny­a dibawa orang awam ke Hospital Lundu. Mangsa yang dikenali sebagai Ramlee Atam, 51, meninggal dunia di Hospital Lundu akibat kecederaan parah di kepala, manakala abangnya,55, mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, ujarnya.

Sementara itu, Alexson berkata, kemalangan maut kedua berlaku pada jam 2.30 pagi semalam di simpang Kampung Semban, Padawan apabila motosikal yang ditunggang­i mangsa, Felicia Freda Gorge, 20, bersama rakannya, 22, dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan terhumban ke dalam parit sedalam tujuh kaki.

Jelasnya, mangsa bersama rakannya yang dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Braang Bayur dari Kampung Semban maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Manakala, rakan mangsa mengalami cedera ringan di kaki dan mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak, Kuching.

“Kes masih dalam siasatan dan diklasifik­asikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” tambahnya.

 ??  ?? MAUT: Paramedik membuat pemeriksaa­n ke atas mayat mangsa kemalangan di simpang Kampung Semban, Padawan. PERIKSA: Polis menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian kemalangan maut di Jalan Kampung Biawak, Lundu.
MAUT: Paramedik membuat pemeriksaa­n ke atas mayat mangsa kemalangan di simpang Kampung Semban, Padawan. PERIKSA: Polis menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian kemalangan maut di Jalan Kampung Biawak, Lundu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia